Monday, May 9, 2011

Rahsia disebalik tulisan kita....

fuh.baru balik kerja... harini oT smpai 8.15.. biasalah, sementara bujang macam ni, time2 begini la aku nak hentam oT kaw2... nanti lau dah kawen, bini asek nak kapok celah ketiak, mana takleh pi. kekeke... yo la tu... weh2, ada story sket.. mula2 agak hangin satu badan tadi time riding motorbike akuh... when me and my colleague aka my childhood friend, were going back from work,time on da penang bridge tu kami konker la lane paling kiri... yo la, nak duk tepi sangat, paku banyak pihak tak bertanggungjawab tabur nak carik makan.. kot2 la ada tayar bocor.. so kitorang rempit lah dengan relax tanpa rasa bersalah di lane kiri... kereta pon memang sikit ja tadi. ada la sorang mamat nih,agak brutal gak lah muka (naek kancil je pon) dengan kereknya beliau memintas kami dua ekor and teros masuk lane kami kat depan. dah la potong tak kasi signal, buleh pulak ushar kitorang rapat2.. apa kes bro, nak gado takda hal, kicik punya tanggungjawab sama gua... deyy, belajar skolah memandu mana? henry gurney ka? sapa lu punya pengetua? haiya bikin susah ini olang.

aku pulak jenis hangin orang dok ushar tajam semacam.... pantang cucu aku punya atok orang buat giu... aku pon bukannya sejahat mana, tapi baik tu memang tak ah... then aku dgn jamil overtake pulak and dengan bontot selamber anjing, slow sangat kami ride... pergh, dia potong lagi.. kali ni ushar lagi dasyat dengan muka marah. memang nampak jahat muka dia, tapi dah lu munya mak beranak lu keluar muka itu macam, mau bikin mcm na,.. buat kali terakhir aku potong dia sambil jerkah high volume tepi tingkap driver, '' lu ushar apa!'' ??? sambil2 tangan kiri suh dia berenti...
gua ingat dia nak berenti, sekaliii dia angkat tangan daa sambil tunduk terhangguk2 sory2 pulakkk... ayo maa ayoo paaaa.... wa suda kejut olang penakot rupanyeeee...!! muka brutal, tapi dalam hati ada taman..hak3... then penutup cerita, aku pon dengan muka kerek pulas throttle..jauh sikit, kami dua ekor gelak terbahak2 mcm kera menang pro evolution soccer... aku yakin lepas ni dia tak berani ushar orang mcm nak makan orang.. setidaknya aku berjaya buat gaya idop orang berubah whattttt :=)

oklah... refer kepada tajok post kali ni....
setiap orang mempunyai personaliti tersendiri... kekadang, rutin seharian kita menggambar personaliti kita, tak kira secara langsung atau bukan, secara sedar atau tidak. seperti cara dressing, cara makan, jalan, bercakap, berucap dan juga menulis...
menulis? boleh kita nilai seseorang daripada tulisan orang itu?
ya...
tulisan mencerminkan peribadi... kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...
mari kita baca dibawah....

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

p/s : mengalah kepada orang yang kita sayangi adalah suatu bukti betapa besarnya perhatian kita terhadap mereka..

No comments:

Post a Comment