Friday, July 6, 2012

Cinta Itu Ketawa & Air Mata...

dah berkali aku tangguh utk tulis coretan hati ini.... tapi kali ni hati aku tetiba terbuka untuk menyatakan apa yg tersirat di dasar hati aku ni... dalam dunia ni, Allah temukan kita dengan orang yang akan kita sayangi, malah kadang2 sampai jatuh cinta.... Sebagai makhluk biasa, aku pun pernah jatuh cinta, apa lagi kecewa.. siapa tak pernah kecewa? diringkaskan.. Pertemuan aku dengan Nana Yaakob pada sekitar tahun 2009 lalu banyak telah mengubah hidup aku... ketika tu aku masih belasan tahun.. biasalah, ingat nak buat persinggahan.. Malang sekali, apa yang dirancang menjadi semakin serius.. dan aku anggap dia satu kurniaan tuhan bagi aku....

Mengenai aku.. takda yang lebihnya pasal diri aku... aku berasal dari keluarga yang biasa2.. background of education aku, biasa2 saja... tidak terlalu pandai, tidak terlalu bengap... so, tengah2 la.. apa yang buruk mengenai diri aku,.. kadang2 aku tak boleh kontrol kemarahan aku... lepas tu aku menyesal.. ya.. aku salah.. ada kala, Nana jadi mangsa... Ya Allah hinanya aku dimataMu ya Allah... semalam sekali lagi aku sakiti hati dia... dan aku tak sangka teguran aku menjadi lebih teruk.. salah aku juga, aku tak faham dia.. Aku tau dia betul sayang, cinta aku.. tapi aku tak menafikan.. acap kali kesalahan aku terhadap dia, memang perasaan dia terhadap aku akan kurang... sehingga sekarang baru aku faham apa maksud 'cinta dan airmata'.. bila hampir kehilangan, baru aku rasa betapa bodohnya aku... apa yang nak dikesalkan, benda dah jadi... even aku yakin aku masih boleh dapatkan dia..tapi harapan aku semakin pudar.. malah yang peliknya, perasaan aku terhadap dia makin kuat... aku taktahu macam mana lagi nak memohon maaf dari dia.. terlalu banyak aku buat kasar kat dia.. memang banyak.. akhirnya kesannya makan balik diri aku...

Mengenai dia.. dahulu, aku pernah rasa.. tanpa cinta, tak mengapa.. tapi lama kelamaan, aku rasakan perasaan tu menjadi terbalik.. tanpa cinta dari dia, aku semakin gelabah.. dia simple.. enough, good looking di mata aku, sejuk mata aku tengok dia, manja, dan paling aku suka, dia penyabar.. suka bergurau dengan aku walau aku selalu jugak serius... kalaulah dia tahu aku selalu tatap gambar dia.. kalaulah dia tahu kebelakangan ni aku sedang buat family planning utk bersama dia, mengenai investment... mengapalah aku tak terus terang saja kat dia... memang aku tak nafikan, kadang2 aku agak ego, kadang2 brutal la jugak.. bukan nak tunjuk bagus tp itu sifat aku.. aku lebih suka pendam perasaan aku terhadap dia, sebab aku rasa indah bila aku pendam sorang2... tapi dah terlambat rasanya utk aku berterus terang mengenai perasaan aku kat dia... Insyaallah, aku dah janji dengan dia, atas rezeki yang aku kecapi selama ini, aku harap next year on May aku nak hantar rombongan meminang.. tapi aku taktahu semua tu akan jadi nyata atau tidak... bagi aku dia adalah bayang-bayang aku, yang selamanya berada bersama aku, yang tidak akan terpisah... tapi sekarang... aku dapat rasa yang dia semakin jauh dengan aku... Ya, memang salah aku... Hinanya aku.. aku dah mungkir janji, yang aku takkan sakiti hati dia walau sebesar zarah sekalipun... tapi aku masih ulangi... Ya Allah hinanya aku.... Pernah sekali dia ckp, dia 'set'kan gambar aku di wallpaper dia, dia cakap aku tak buat pun macam tu... tapi, dia tahu ka apa sebenarnya aku buat? salah aku, aku tak suka terus terang, dan aku agak kasar..kalaulah dia tahu apa sebenarnya jauh di sudut hati aku ni.... kalaulah dia tahu....

Sehingga sekarang aku buntu apa yang seharusnya aku buat... aku tak pernah cuba nak menipu dia walau dia takkan tau kalau aku tipu dia, aku selalu nasihat dia, utk kebaikan dia dan masa depan kami... aku dah kenalkan dia dengan semua keluarga aku.. sehingga keluarga aku dapat terima dia.. malah aku dah bincang dengan keluarga aku apa rancangan aku dengan dia lepas ni... aku harap apa yang dia decide lepas ni, seperti yang kami rancangkan sebelum ni... Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Nana, aku minta maaf sebab lukakan kau, buat kau menangis  disaat kau sedang hadapi ujian yang berat pada masa sekarang.. aku tahu, sepatutnya aku bagi ransangan yang positif terhadap kau... Akhir, aku doakan, kau berjaya dalam final exam ni.. aku mohon beribu maaf sebab tak berada di sisi kau ketika waktu begini.. mungkin bagi kau tu yang terbaik untuk diri kau... aku tunggu sms dari kau, aku masih sedia terima kau semula.. jangan biar perasaan aku ini pergi buat selamanya.. aku nak jerit yang cinta ini hanya pada kau seorang .. walau yang sebenarnya aku cuma mampu taip sahaja...

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehingga kita kehilangannya, dan juga cukup benar kita tida tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ia datang. Sekarang aku sedar, memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali... Itu pengajaran cinta yang aku dapat... Pesan aku, jangan bermain dengan cinta, sebab ia mengambil sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.. Pengalaman aku pernah bersama dengan seorang perempuan.. Pertama kali memang menarik hati.. tapi lama kelamaan, sesiapa saja boleh judge yang cinta dari hati dia, mudah saja.. easy come, easy go... penah sorang sahabat aku cakap, tak rasa rugi ke? awat terlalu murah diri dia? apa yang sebenarnya yang dia mahu? Tepuk bra, tnya selera... tak perlu cari pasangan yang sentiasa senyum, tapi carilah yang membuatkan hati kita tersenyum.. Kerana akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kita teramatkan rindukannya sehingga kita rasa macam nak menggapainya dari mimpi kita tetapi tiba-tiba kita dapat menggapainya dan memeluknya secara realiti.. Terus rampas cinta itu... Itulah cinta sebenar, ia tetap ada ketika kita perlukannya...

Salam...

p/s : Nana Yaakob, ketika kau dilahirkan, kau menangis dan orang di sekeliling kau tersenyum... Dan teruskanlah hidup kau, supaya apabila kau mati nanti, kaulah yang akan tersenyum dan aku disisi kau juga orang sekeliling kau pula yang akan menangis.. kerna aku tau kau sudah puas menangis...