Wednesday, June 15, 2011

Erti Sebuah Dugaan....

jam menunjukkan pukul 4.00 pagi.. aku terjaga dan takboleh tidoq... ambil masa ni, untuk buat sunnat tahajjud, dan muhasabah diri....

semalaman dunia aku terhenti.. mengenangkan dugaan yang telah dan akan ditempuhi..
malah aku taktahu sama ada aku mampu untuk tempuhi atau tidak.. Allah sentiasa
memberikan dua bentuk dugaan kepada insan terpilih iaitu kesenangan dan kesusahan.
aku kena percaya, bila Dia duga seseorang itu, Dia tahu bahawa hambaNya itu mampu menggalas dugaan tersebut..
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
pertama, pasal mulut... ada sorang mamat.. tak boleh melawak langsung!
mulut dengan longkang sama naek.. so, limit aku dah sampai had, lebih dari 3x..
ada kala, pertuturan kita akan sampai ke tangan.. jadi, aku akan sentiasa mencari jalan
untuk memperbesarkan hal ni sampai dia sentuh aku, haa time tu 'bukak bateri jam kejap la..'
biar dia rasa beza tangan dan mulut. lu tua dari gua ka, tu xda hal. tiba masa untuk aku kembali seperti zaman dahulu, 'malas nak cerita dengan mulut, kalau dengan tangan takda hal.' bila seseorang itu 'low profile' tak semestinya dia penyabar or dungu. tu bermaksud, dia cuba bersabar dan berlakon dungu sehingga 3x....

kedua... masa kerja tadi (Jun 14th)..aku kena serang oleh seorang anjing..
hurm, nak buat macam mana.. bodo pnya cina, tak ikat itu anjing... memang benda ni under my expectation..
xpa la, dah tersurat aku cari makan macam ni..
pergelutan yang terburuk dan berakhir lepas aku bagi flying kick kat beliau...
saat ni paling berpengaruh dalam pengalaman kerja, selain dari yang sebelum ni ( huhu, ada la rahsia :P )..

dan ketiga atau yang paling penting..... aku tak tahu nak tujukan untuk siapa, cuma meluahkan.. seperti posts aku sebelum ni, banyak aku mention yang aku mempunyai ukuran tahap kesabaran tersendiri... seperti biasa, ada kiraannya...
dalam hubungan kena ada sifat bertoleransi, baru boleh timbul sefahaman.. tapi tu kadang2 je, ada masa kita kena faham sendiri apa yang telah, sedang dan akan terjadi.... contohnya, pergaulan... aku mempunyai cara pergaulan sendiri, tak kira laki dengan perempuan, or perempuan dengan laki.. pada aku, ada batasnya, adakalanya ia perlu dinilai yang mana 'ok' yang mana 'tak ok'. sebab, aku lebih suka menilai seseorang yang aku sayang daripada cara pergaulan beliau... punca masalah hubungan aku selalunya begini.. sekali lagi aku tekankan, aku ada limit tersendiri..
cemburu ? entah la.. mybe.. kerana ia fitrah alam..... actually aku pon tak paham apa yang bermain difikiran.. bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.. baru boleh timbul rasa sayang dan seterusnya.. percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.. ini adalah fakta, mereka menghabiskan perasaan itu dengan bekerja atau bercakap..

sekali lagi aku tekankan disini, aku cuba bersabar dan ada limitation sendiri, sehinggalah.....
aku kehabisan kata-kata.... sungguh..

dah pukul 5 pagi Nizar.. jom tidoq... (lagi sejam lebih, aku akan mandi, sarung uniform, stat moto, dan naik feri..) sambil memikir rindu aku padanya.... sebuah norma kehidupan yang tak berbeza dengan orang lain...

p/s : Apabila kita melihat suatu keindahan, bersyukurlah kerana kita masih boleh menikmati keindahan yang belum tentu akan kita boleh melihatnya lagi...

Wednesday, June 1, 2011

erm..budak2....

wahh... dah lama tak jumpa depa... my eldest sista yang teaching kat klate,abe, dua oghe hero dan si kembar sudah balik ke kampung mereka di perai... hindu..eh2 silap.. rindu..
memang tak terkata... tambah2 cik mek molek si kakak,
skali dia senyum, wahh sweet surrender! aha,memang Nizarm selalu kalah dengan 'senyum'..
jom tengok keganasan orang klate !

ganas tak? yang tino tuh paling ganaihh.... terbaik dari ladang...
dominan terhadap sifat kelakian, tapi nanti jangan jadi tomboi sudaa....
list of my wildest anak 'menakan'..
1. amar eizzat,2. adam harris
3. dzara emalyn + dzara amalyn (twin sista)

kakak aku dah ada 4 hasil, aku bila pulak ?? ehehe...taun depan...... lalala
paling aku geram, si kembar... aku pon nak kembar gak nanti.. sweet...
bapak aku bilang, sekali upload, sekali download, dua keluar..
deyy, mcm zip file daa...

gambar ni tunjukkan yg aku dah semakin tua...
bergelar uncle aka paksu dah pon.. so, bawak2 la insaf naa paksu...
hidup tak semestinya hitam putih, kadangkala kena penuh dengan warna warni jugak kan...

p/s : perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah