Friday, July 6, 2012

Cinta Itu Ketawa & Air Mata...

dah berkali aku tangguh utk tulis coretan hati ini.... tapi kali ni hati aku tetiba terbuka untuk menyatakan apa yg tersirat di dasar hati aku ni... dalam dunia ni, Allah temukan kita dengan orang yang akan kita sayangi, malah kadang2 sampai jatuh cinta.... Sebagai makhluk biasa, aku pun pernah jatuh cinta, apa lagi kecewa.. siapa tak pernah kecewa? diringkaskan.. Pertemuan aku dengan Nana Yaakob pada sekitar tahun 2009 lalu banyak telah mengubah hidup aku... ketika tu aku masih belasan tahun.. biasalah, ingat nak buat persinggahan.. Malang sekali, apa yang dirancang menjadi semakin serius.. dan aku anggap dia satu kurniaan tuhan bagi aku....

Mengenai aku.. takda yang lebihnya pasal diri aku... aku berasal dari keluarga yang biasa2.. background of education aku, biasa2 saja... tidak terlalu pandai, tidak terlalu bengap... so, tengah2 la.. apa yang buruk mengenai diri aku,.. kadang2 aku tak boleh kontrol kemarahan aku... lepas tu aku menyesal.. ya.. aku salah.. ada kala, Nana jadi mangsa... Ya Allah hinanya aku dimataMu ya Allah... semalam sekali lagi aku sakiti hati dia... dan aku tak sangka teguran aku menjadi lebih teruk.. salah aku juga, aku tak faham dia.. Aku tau dia betul sayang, cinta aku.. tapi aku tak menafikan.. acap kali kesalahan aku terhadap dia, memang perasaan dia terhadap aku akan kurang... sehingga sekarang baru aku faham apa maksud 'cinta dan airmata'.. bila hampir kehilangan, baru aku rasa betapa bodohnya aku... apa yang nak dikesalkan, benda dah jadi... even aku yakin aku masih boleh dapatkan dia..tapi harapan aku semakin pudar.. malah yang peliknya, perasaan aku terhadap dia makin kuat... aku taktahu macam mana lagi nak memohon maaf dari dia.. terlalu banyak aku buat kasar kat dia.. memang banyak.. akhirnya kesannya makan balik diri aku...

Mengenai dia.. dahulu, aku pernah rasa.. tanpa cinta, tak mengapa.. tapi lama kelamaan, aku rasakan perasaan tu menjadi terbalik.. tanpa cinta dari dia, aku semakin gelabah.. dia simple.. enough, good looking di mata aku, sejuk mata aku tengok dia, manja, dan paling aku suka, dia penyabar.. suka bergurau dengan aku walau aku selalu jugak serius... kalaulah dia tahu aku selalu tatap gambar dia.. kalaulah dia tahu kebelakangan ni aku sedang buat family planning utk bersama dia, mengenai investment... mengapalah aku tak terus terang saja kat dia... memang aku tak nafikan, kadang2 aku agak ego, kadang2 brutal la jugak.. bukan nak tunjuk bagus tp itu sifat aku.. aku lebih suka pendam perasaan aku terhadap dia, sebab aku rasa indah bila aku pendam sorang2... tapi dah terlambat rasanya utk aku berterus terang mengenai perasaan aku kat dia... Insyaallah, aku dah janji dengan dia, atas rezeki yang aku kecapi selama ini, aku harap next year on May aku nak hantar rombongan meminang.. tapi aku taktahu semua tu akan jadi nyata atau tidak... bagi aku dia adalah bayang-bayang aku, yang selamanya berada bersama aku, yang tidak akan terpisah... tapi sekarang... aku dapat rasa yang dia semakin jauh dengan aku... Ya, memang salah aku... Hinanya aku.. aku dah mungkir janji, yang aku takkan sakiti hati dia walau sebesar zarah sekalipun... tapi aku masih ulangi... Ya Allah hinanya aku.... Pernah sekali dia ckp, dia 'set'kan gambar aku di wallpaper dia, dia cakap aku tak buat pun macam tu... tapi, dia tahu ka apa sebenarnya aku buat? salah aku, aku tak suka terus terang, dan aku agak kasar..kalaulah dia tahu apa sebenarnya jauh di sudut hati aku ni.... kalaulah dia tahu....

Sehingga sekarang aku buntu apa yang seharusnya aku buat... aku tak pernah cuba nak menipu dia walau dia takkan tau kalau aku tipu dia, aku selalu nasihat dia, utk kebaikan dia dan masa depan kami... aku dah kenalkan dia dengan semua keluarga aku.. sehingga keluarga aku dapat terima dia.. malah aku dah bincang dengan keluarga aku apa rancangan aku dengan dia lepas ni... aku harap apa yang dia decide lepas ni, seperti yang kami rancangkan sebelum ni... Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Nana, aku minta maaf sebab lukakan kau, buat kau menangis  disaat kau sedang hadapi ujian yang berat pada masa sekarang.. aku tahu, sepatutnya aku bagi ransangan yang positif terhadap kau... Akhir, aku doakan, kau berjaya dalam final exam ni.. aku mohon beribu maaf sebab tak berada di sisi kau ketika waktu begini.. mungkin bagi kau tu yang terbaik untuk diri kau... aku tunggu sms dari kau, aku masih sedia terima kau semula.. jangan biar perasaan aku ini pergi buat selamanya.. aku nak jerit yang cinta ini hanya pada kau seorang .. walau yang sebenarnya aku cuma mampu taip sahaja...

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehingga kita kehilangannya, dan juga cukup benar kita tida tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ia datang. Sekarang aku sedar, memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali... Itu pengajaran cinta yang aku dapat... Pesan aku, jangan bermain dengan cinta, sebab ia mengambil sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.. Pengalaman aku pernah bersama dengan seorang perempuan.. Pertama kali memang menarik hati.. tapi lama kelamaan, sesiapa saja boleh judge yang cinta dari hati dia, mudah saja.. easy come, easy go... penah sorang sahabat aku cakap, tak rasa rugi ke? awat terlalu murah diri dia? apa yang sebenarnya yang dia mahu? Tepuk bra, tnya selera... tak perlu cari pasangan yang sentiasa senyum, tapi carilah yang membuatkan hati kita tersenyum.. Kerana akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kita teramatkan rindukannya sehingga kita rasa macam nak menggapainya dari mimpi kita tetapi tiba-tiba kita dapat menggapainya dan memeluknya secara realiti.. Terus rampas cinta itu... Itulah cinta sebenar, ia tetap ada ketika kita perlukannya...

Salam...

p/s : Nana Yaakob, ketika kau dilahirkan, kau menangis dan orang di sekeliling kau tersenyum... Dan teruskanlah hidup kau, supaya apabila kau mati nanti, kaulah yang akan tersenyum dan aku disisi kau juga orang sekeliling kau pula yang akan menangis.. kerna aku tau kau sudah puas menangis...






Friday, June 1, 2012

Thousand Moments in Sabah





Dah lama aku tak mengapdate blog nie. Atas desakan request dari FB dan kawan2 yg lain, aku berusaha merajinkan tangan menaip detik perjalanan ke Sabah ni.. Yaaa betol kemalasan telah menguasai diri ini dengan begitu jayanya dengan bantuan-bantuan iblis yang sedang ratah sambal belacan ikan bilis depan televisyen sambil main PSP Go. Jari-jemariku pula ini semakin baloq untuk menaip ayat-ayat dalam ruangan maya karin ini. Otak pula sudah malas memikirkan ayat-ayat yang baik ataupun lucah yang harus dibina bagi merencanakan blog percuma ini. Cebisan2 kondom pula telah lama berulat di hadapan dashboard blogku yang telah digunakan oleh pak anjang syahmi sebagai kandang-kandang memelihara ikan tilapia ternakan beliau. Kemalasan ini turut menyebabkan blog aku ni dah bersawang-sawangan sehingga terdapat perkampungan baru buat nyamuk remaja mahupun kanak-kanak.. Kalau boleh nampak sawang-sawangnya, pasti aku nie secara tidak sengaja diiktiraf oleh Kementerian Asas Tani sebagai seorang penternak sawang dan nyamuk yang berjaya, malah sudah tentu aku akan dapat bantuan dari PERDA mahupun LKIM utk mengembangkan lagi perniagaan asas tani aku ini. Ok kita hold kejap pasal haiwan sawang ternakan tu.

Haloo oi kepada semua pembaca blog nizarmazlan terutamanya wanita-wanita yang cun2 sumer.! cewah approach macam artis suda.. dah lama tak pos baru... sepanjang pos sebelum, seperti korang smua, aku jalani hidup seperti biasa, insan biasa walaupun takde la 'biasa' sangat.. ade la extraordinary sikit. pergh. kerekkk.. so banyak pengalaman pahit manis yang telah aku lalui.. gadoh dengan anjing menjadi rutin harian aku... nak buat macam mana dah cari makan begitu... sampai anjing pon nek meluat tengok tapak kakiku, sehingga hari-hari aku perlu tukar bateri jam aku ni... Seperti biasa, kali ni aku nak kongsi sikit pengalaman aku ke sabah.. WHAT ? Nizar , ARE YOU REALLY WENT TO SABAH? Pulak dah... Syurga awek peranakan Sabah-Filipino-Indo... hehe... memang komfem la 'backpacker' muda dan murahan pi mana2 mesti tengok hasil pekerjaan orang kelamin setelah mereka menunggu selama 9 bulan (beberapa belas/puluh tahun dahulu).... ehem ayat mendalam tuu.... Kepada yang memahami, bagus. Yang belum, esok baca Utusan mukadepan.


Macam biasa, aku naik kereta Air Asia, jimat dan murah. Cuma Rm140 utk pergi dan balik. Percaya? haha, memang perlu dipercayai. Sejak tubuhnya AirAsia di tanahAir kita, semakin cerah peluang kita utk merasai teksi udara. Tak ker rugi Air Asia wat gitu? Meh duk sini, buat bulatan, abang nak cite. Pompuan saja k, laki p dok jaoh2... Cara air asia is based on aggresive marketing. Air asia ni terkenal sebagai no frills airline. Dekat US wabak kapal terbang tambang murah ni dah lama dah. Seawal tahun 90 an lagi masa liberalization of aviation indusrty. Even dekat US pown dahh berlambak2  airline yang modus operandi nya macam Air Asia. Jom cerita sal AirAsia. Cara diorang operate, senang je. diorang akan ambil dulu pendahuluan dari pax yg book tiket 6 bulan to 1 tahun b4 boarding. jd, dia rotate duit tu utk perjalanan current dan sebaliknya, vice versa lah kiranya. Jadi apa yg kita bayar sekarang, adalah utk org cover kos penerbagan pax/penumpang dalam masa terdekat ni. sebab ap tiket nya murah? sebabnya, ia adalah low cost carrier meaning tiada apa2 servis yang depa offer di dlm flight, tempat pn kena rebut . Plus kita pulak kena beli sindiri food and beverages smua ah. dekat situ depa charge kita. kan ke mahal harganya, mineral water sampai RM6 sebotol kalau tak salah aku.

Lagipun, kalau beli sebulan ke atau dekat ms kau org nak berlepas, kan ke melambung bapakkk tiketnya. kan3. Yang beli/tempah awal je dpt murah. Sebab tu depa munya marketing kaw2 punya. diorang main tahu cara attract customer. Sebab tu kita nmpak, kadang2 pegi Bali/Phuket ke, RM 99 je. So kita still ingat murah. Sebabnya, taksmpai RM100. Bila seratus je ada 3 angka dan secara automatik kita akan ingat ni mahal. So, depa pandai kontrol mindset kita kan. Jadi lihat mcm mana depa main pancing dengan pricing dekat sini. In fact, Air Asia ni mostly kalau hangpa perasan, diorang guna airbus instead of boeing which we know that MAS uses that kind of teksi. Airbus memang menang dari segi kapasiti dan bodynya juga lebih durable compare to Boeing (cuma selesa dan luxury).

Lepas tu, Air Asia ni pulak mengamalkan konsep fully utilize dimana, kapal terbangnya akan melakukan 3 or 4 journey sekaligus. Sebab tu, bila mendarat je, depa tak lama, mungkin dalam sejam je masa depa spend dekat airport. Need to know jika flight mendarat di sesebuah airport, ada banyak cost seperti landing cost, airport charge banyak g ar. So, apa yang diorang buat, diorang akan make sure takkan duduk lama di airport. Paling lama sejam ni la diorang akan load minyak, penumpang dan sebagainya. then tros proceed ke destinasi. So, cost2 akan dpt dikurangkan berbanding dgn MAS yang sampai je airport terus park, esok baru jalan balik. Alahai MAS. Pulak tu cost2 stewardess n pilot kena gak bayor masa berhenti dekat negara orang (abroad allowance). Lodging kan. Alahai lagi skali MAS oii.. Different to Air Asia, diorang berbeza. Dengan cara ni dapat dikurangkan kos2 seperti MAS tadi, depa dapat pergi ke destinasi yg banyak dalam sehari dan turnovernya laju berbanding MAS yg nampak cool~. Ni just style of marketing.. Apa yang depa buat jangan kisah, kita sebagai pengguna, kalau sesuatu benda tu menguntungkan buat kita dan kita menolak keselesaan, pilihlah AirAsia or Fireflyz. Otherwise, MAS is the best.

Dah. Mengapa Nizar suka sangat berjalan, melancong ni? tak ka menghabis duit? So mengapa? Orang tua-tua dah pesan, '' Jauh perjalanan luas pengetahuan''... or somthing to that effect... seperti pengalaman aku yang dulu melawat Indonesia... Apa pengajaran yang aku dapat adalah aku berasa semangat patriotik semakin membuak-buak... Sebab? Jejak jer kaki kat airport Soekarno-Hatta Jakarta, perasaan aku tiba-tiba berubah. Tak macam di KLIA. Dengan airport tak complete facilities, sesetengah bahagian masih belum dicat dah bertahun-tahun tergendala, papan tanda kurang, kamar kecil (tandas) agak kurang selesa, dan paling aku hangin, NO AIRCOND. Macam tu diorang treat pelawat dari luar? Pegawai Imigresen pulak, hmmm... Agak bahaya utk aku cerita di sini, kang kena tindakan undang-undeng.. habis... Tetiba perasaan benci aku pada Malaysia berubah. Keluar ja aku dari airport tu, terus ada orang kerumun.. Jual itu lah ini lah.. Siap paksa-paksa lagi... Memang gaya desperate lahh.. Aku tak salahkan depa, mungkin itu satu-satunya punca rezeki.. Tapi aku tetap menunding jari kpd cara pemerintahan mereka yang banyak 'masuk poket'. Then, time tunggu trafik light di fly-over, bawah fly-over tu dah jadi macam perumahan padat dah..siyes tak sangka terlalu tidak selesa di mata aku cara kehidupan yang mereka jalani. itu pun ada sorang hamba Allah (indonesian) cakap kat aku, 'ini udah selesa bangat pakk'.. Subhanallah....

Kemudian, pengalaman aku di Singapura pulak.. Ya benar, mereka lebih bertamadun, berhemah. Di tempat-tempat sibuk seperti stesen bas, laluan bawah tanah, Universal Studios, kedai makan, pasar malam, kaki lima kedai memang BERSIH. Selesa. Memang aku tabik spring kat rakyat Singapore ni sebab kesedaran kebersihan memang dititikberatkan sejak mereka bertatih lagi, dan terlalu berbeza dengan Indonesia yang basuh pinggan kedai makan di paip sebelah mangkuk tandas. hehe, bukan rekaan, tapi pengalaman k. Namun bila aku nilai balik Singapore, kos hidup mereka sangat tinggi.. sewa rumah flat pon RM2000-3000. Aku tetap bersyukur hidup di Malaysia. Kepada yang membawa sentimen-sentimen buruk mengenai Malaysia, pegilah melawat negara luar.. kalau cakap Malaysia penuh korupsi, pegilah tengok macam mana keadaan rakyat Indonesia yang dibelenggu korupsi ahli politik mahupun penguatkuasa Memang setiap negara, korupsi memang wajib berlaku tapi jika direnung, Malaysia punyee masih boleh diterima....
Kesimpulan dari bebelan aku kat atas tu, sebab tu lah aku suka travel daripada cakap kosong, menghukum orang dengan tak semena, gossip, cerita pasai pakwe makwe, dan paling malu skali, taip tak tentu arah di BLOG... watdepakkk.... awww...  enough.. here we go, i have uploaded some pictures. hopes u guys like and enjoy it...



KLIK PADA GAMBAR UNTUK TUMBESARAN YANG SIHAT


Ajax Fabuloso yang sedang mengetest kamera Kenon milik pakcik beliau

yaaa drebar dah sampaii

last call from me. seorang sedang rindu awek dan sorang lagi
tengah pikir mcm manar nak dapat awek cun.

So kitorang bertolak dari LCCT pada jam lebih kurang 3 petang, dan tiba di Kota Kinabalu (BKI) pada 6 petang. Ini pengalaman pertama aku naik dari LCCT. FYI, lokasi LCCT adalah bersebelahan KLIA, dua-dua buah airport ni berkongsi runway yang sama. 

bergambar sebelum bergerak (edited)

Setelah tiba di KK, kitorang teros ambil kereta sewa, KOS adalah RM190/day. So 5 hari kat sana, hampir 1k jugak la kos sewa kereta Alza tuh.. But bear in mind, jangan sesekali bagi  deposit kpd tauke sewa kereta secara on9 k!. Perjalanan dari KK ke Gunung Kinabalu lebih kurang 3 jam. Tapi, akibat segala kelambatan kami tiba di cottage pada jam 1 pagi. Fuh, special. Jalan sana berbukit bukau, pada tengah malam boleh nampak beribu-ribu bintang di atas langit. SUMPAH, terbaik. Seumur hidup aku ni kali pertama aku tengok bintang macam tu. Kami tak berapa berani berenti tepi jalan sebab keadaan yang agak sunyi dan berbahaya tidak membenarkan. Suhu memang terbaik. Bayangkan, dalam keter bukak ekon kuat2, then bila keluar kereta sebaik tiba di cottage, suhu luar lebih sejuk dari suhu ekon dalam kereta. Cakap pon berasap2...

Sarapan pagi di cottage. yang lain sedang terkangkang tidoq...

sebab kami memilih cottage ni, sebaik bangun ja, selak jendela terus nampak Gunung Kinabalu, tertinggi di Malaysia.

Canon EOS 550D / 132mm f/13 iso 200


Jom berangkat. Dari cottage Puncak Borneo ni kami menuju ke Poring Hotspring yang terletak di Ranau. Jarak dari Kundasang (current location) ke Ranau lebih kurang 41 minit, bergantung kepada trafik sebab banyak lori ulang-alik kat sana. Sebelum tu kami berehat dibeberapa lokasi spt Pasar Pagi, Kaki Gunung dan banyak lagi... Nak ceghita semua kat sini mampoih laa wei. Apa aktiviti yang boleh dibikin di Poring Hotspring ni? macam2... Canopy walk, Taman Rama-rama, Tropical Garden, Orchid Center, Mandi kolam air panas. Jom ushar gambar. 

Nindia Poring HoT SprinG

Ingat, jangan salahgunakan kemudahan ni.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan

drebar muka letih


Aaron Aziz aka Usop Sontorian

sempat lagi ejas nak ambil gambar dgn Bedah dan Asimah

Utk pengetahuan pembaca, selain dari tempat lawatan pelancong asing ini juga tempat beriadah Local citizen pada hari cuti sebab banyak aktiviti boleh dibikin disini.


Yang ni terpanas di dunia



macam abah caon



Usop seronok sebab nak nek jambatan gantung.. tunggu la ampa padahnya..



kau orang tau awat kedua2 gambar diatas muka keletihan? sebabnya kami kena buat jungle trekking sebelum jumpa jambatan gantung nih... dalam 30 minit sampai laa.. So, sebab tu sorang sampai terjelir lidah dan seorang lagi telah menyerupai seekor penguin malaya sebab keletihan... Anyway, congrat bro...



Ajax Fabuloso dan Shahrul setelah berdressing...

Disini terdapat 5 buah jambatan gantung yang telah diikat dari pokok ke pokok. Panjang beliau lebih kurang 30 meter untuk setiap titian.


bergoyang taktau nak habaq ar, memang gerun...





dah abis, jom cau. Kami spent time dalam dua jam lebih di sini menyebabkan tak sempat nak melawat kandang lembu (baka New Zealand) dan Fish Spa. Nak buat cemana, takdak rejeki......... Our next destination, UpSideDown House. WHAT!? Macam takpecaya... Jom tengok gambar.. 

KLIK PADA GAMBAR UNTUK TUMBESARAN YANG SIHAT


susasana sepanjang perjalanan

Pernah dengar jambatan Tamparuli Sabah? 



budak2 kelik kolahh

Manisah yang sedang dalam perjalanan pegi topap


What the hell? Is it REAL? 

Nampak Biasa jerr

betol, eh sapa yang terbalik ni?

dari kanan, Teacher Sim Cha dan Cikgu Ain pon join kami.

ni model rumah terbalik. Roy Wan.

Aini tengah ejas nak mintak nombor telefon aku. sory bah, aku tak guna henpon.


Rumah Terbalik yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah. Semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, syiling yang bertaburan di lantai, kucing, katil, tandas, baldi, kepala paip, dapur memasak dan periuk nasi di dapur, mesin jahit dan banyak lagi. Tapi, gambar tidak dibenarkan ambil didalam rumah tersebut.. Pembinaan rumah terbalik ini mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung. Dikatakan, pembinaan rumah terbalik ini menelan kos lebih kurang RM500,000 if im not mistaken. Jom layan gambar blue bawah ni.


Peminat awek Cun. yang tak CUN dia reject.



ni di belakang rumah. tengok atas, ada basikal dan pasu bunga.


posinggg

candid k. bukan sengaja.

''dua2 tak lawo, tak sesuai ng aku yg nsem ni'' (caon cakap)

Next day, kami buat aktiviti yang paling diidam-idamkan selama ini.... Snorkelling ~


gambar sepanjang perjalanan,.. Ni lah banggunan Sabah Electricity, jika di Semenanjung, TNB memonopoli bisnes tenaga elektrik, tapi di Sabah dan Sarawak pula, cuma terdapat Sabah Electricity. 

dose...

jeti Jesselton Point. 

Di terminal feri Jesseleton inilah pengunjung boleh mendapatkan tiket untuk melawat Taman Marin Tunku Abdul Rahman yang merangkumi lima buah pulau, iaitu Pulau Sapi, Mamutik, Manukan, Sulug dan Gaya. Perjalanan menaiki bot ke pulau-pulau ini hanya mengambil masa tidak sampai setengah jam. Pulau Sapi, Mamutik dan Manukan sesuai untuk aktiviti snorkeling manakala Sulug dan Gaya untuk menyelam. Di Pulau Sapi juga ada kegiatan “Sea-Walking”. Penginapan di Gaya pula adalah yang termahal dibandingkan dengan pulau-pulau yang lain. Ok, lokasi kami adalah dua, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Most important, ample parking space for car and motorcycle are provided, and it is secured.

Jom cakap pasal kos. satu kepala utk bot adalah RM25. Tapi kami taknak naik bot yang campur2 orang, dan disadvantage kalau campur2 boat, kami cuma boleh ke pulau kedua pada pukul 12 tghhari jer... Jadi we've decided to rent a chatterboat for five of us. senang, nak gerak pukul brape pon takpe, just give them a call and just stand like a tokong at jetty. It costs around RM250, after bargain2, we need to pay RM220 utk ke dua-dua buah pulau. Walaupun agak mahal tapi selesa lah, senang nak buat kacau atas boat tu. Kos Snorkelling pula, harga sewa mask sebuah RM10, safety vest (yang boleh terapung) RM5, dan kaki itik RM6. Tiada limit jam, sewa ni utk satu hari. Aktiviti di Taman Marin Tunku Abdul Rahman ini bermula setiap hari bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

kedai makan di JP.

Berlagak orang kaya.. 

ni dia pilot kami. get ready!

setelah menghumban pilot sebenar ke dalam laut dan dia telah 
maut dilanggar lori, kami 5 orang sendiri takeover perjalanan ke 
Pulau Manukan (1st island)

Tauke besorr

apa yang unik. kalau kita jalan2 di area Penang, anak2 muda merempit dengan motorsikal. Tapi di Sabah lain, diorang rempit naik Bot. So, ada bran? siyes memang banyak budak-budak naik bot kat sini jalan2 dengan kawan2 depa.

excuse me please, can u move your ass from my face bebeh?
thanks.

Mesej2... tak sangka sesuatu telah terjadi dalam diam disemenanjung.
 'redha' jela.. walaupun aku dapat tahu kemudian...

mamu yang berlagak orang putih :p

jernih...



pasang protector kat 'bibird' kang nanti 
kudung dimakan Piranha or ketam

Dari kanan, Cikgu Kamisah dan anak buahnya, Zulaikha Binti Ismail.
diorang se'bot' dengan kami utk aktiviti parasailing.

Nizar, do you sure? 

depa dok seronok, aku dok kepit nak tekencing

sir, we're taking off...

memang layann....


turn aku pulak... sumpah aku tak takot, tu bukan tengah jerit tu, 
tu tengah berdoa moga diberi pelindungan.

dajeyy.. depa pekena aku ng wan, sambil terbang, depa bagi 
boat tu slow, then buat seret kami kat tengah2 laut.. 
tak ka siyeee drebar bot tu.. pastu gelak2... 

3 orang babun laut tengah snorkelling


Jemaah.

tengah kutok aku lar tuu

kekeke

sempat ambil beberapa gambar, underwater camera

ikan apakah? kambing ka nih?

opps. bodo pnya Stephanie, dia buleh bogey sebelah kami... sempat gak Ajax snap pakai BB dia, walaupun terkantoi dengan bralessnya and topless, 
tapi aku dah cencoredkan gambar ni. nak yang uncencored, PM aku. 

Ok, Overall, I think these two beach are quite nice. There'r plenty of tourists coming here for the underwater actions. In general, the beach can be regarded as sufficiently long for your personal space where you can spread your beach towels and put on your sunglasses. The lifeguards always put the eyes on snorkeller  and they'r very helpful and friendly.

Next... Kami stop snorkelling dan sampai ke hotel dalam jam 4 petang. Kami pilih Hyatt-Regency KK (5star), satu malam RM390 utk standard room. Nasiblah kompeni aku dapat special rate lepas aku tunjuk kad kuasa, so kitorang dapat corporate rate RM220 utk satu malam. Namun, my ex bos in USM, Datuk Prof Sukor Kasim cakap, sharing is profit. Nasib baik kami ber'lima'. And, hotel ni memey selesa. Kitorang amek dua buah bilik, unfortunately no connecting room, but they put us on the same level... 

buat jambu dia menang

standard room dapat scenery dalam ja....

sebelum jadi tongkang


santapan malam. Complimentary from hotel for two nights stay :p

well.. orang tua-tua ckp kalau pi Sabah, rugi lau tak singgah Filipino Market.. 
Banyak brooch murah2 mutiara dijual disana.. eh, disini..






RM40


''ni kalau aku sarung kat awek yg cun kompem elok. 
lau tak cun aku reject, RUGI! ''

''makcik ni syok kat aku kot?''



wan pikir 100x sebelum beli.. takot rugi

ikan masin beli ikan masin
aktiviti malam

harga murah. RM14 makan sorang sekor.. tanpa nasik.


mcm ni kalau kat Penang taktau la brapa kan...

bontot dan kepak ayam shj.

jangan jeles ...

kuih traditional

avocado

  
ni dia murtabak Sabah. dipanggil Murbatak.

harga ikan siap dibakar sini antara RM15-RM25. murah? entah. salo bapak haku yg bayor

yg jual tu, sekati berape ye? :p


piwit

sambil berblog aku sulam la sikit gambar2 skodeng awek Sabah, 
diambil oleh Ajax dan Shahrul. Awek kFC ni dikatakan paling cun, sebab dah 3 malam Ajax, Shahrul dan Wan bin Kamil berkunjung ke KFC ni.. Malam ketiga, kelima-lima kami terus pegi kFC tu utk menyaksikan sendiri awek bernama Norafidah ni. (ayat skema). aku ushar, mcm Scha Alya jugak.. 

Kepada Norafidah, kalau terbaca post ni, sila kol 0175793156. 
Wan bin Kamil merindui kamu. Sekian.

Shima Anak Pandana

Vanessa

Nurul Betti



amek gambar sangat... padahai nak buat pengubat rindooo la ampa....
All this just some part of our dest. Banyak lagi tempat, letih nak bercerita semua sini? :p


In this day and time, it seems to be very hard to having friends that you can depend on.  I thank my heavenly parent for life, love, family and friends!  This life has been good to me, but it has been better because I have these 4 guys and a secret one in my life who have helped me in some way or the other. Lastly, I wanted to give a shout out of THANKS to all of the paparazzi!  Without you all, I would never know what is going on and what we need to change... Thanks for being there on a moments notice! Your humor and kindness will never be forgotten.



P/S : Buat wanita, jangan terlalu bangga apabila ramai lelaki tergila-gilakan anda, Kerana barang MURAH selalu ramai pembeli ~ masih aku simpan dendam aku !