Saturday, October 29, 2011

Hilangnya Sebuah Kenangan...

sweet saturday... morning,... baru bangun.. huh... dah dua hari tak rehat sebab kena ikut pegi lawatan 5s di TNB Distribution Kangar (dekat runabout tu).. sekali lagi tersingkap kenangan lalu... its okay.. bukan nak cerita pasal lawatan atau kenangan... yang berlalu biarlah berlalu... cuma pada masa sekarang amat dukacita sekali dengan Mr Greenie aku... tadi dia wat hal, so terpaksalah format si hijau ni.. dah setel backup semua di second partition, aku pon buatlah mcm biasa.. setting kat first boot bios (guna usb ja), then tunggu.. siap, cari driver, tak jumpa. takpalah, bukak beg vaio, jumpa recovery disc. masuk recovery disc, pastu klik ' back to factory settings'. tunggu dua jam, alhamdulillah siap all data has been restored. TIBA-TIBA lepas aku click ' my computer' atau sekarang di windows 7 cuma 'computer', hilang disk partitions yang aku create masa malam pertama dengan Mr greenie dulu. adus, hilang segala assignment lepas, project proposal, lagu, movies, software yang penting seperti backtrack, beini, feeding bottle paling penting vmware (version ni paling suitable dgn aku).... driver2 tulang ikan (wifi antenna) semua gone... SEMUANYA!!!!

Paling buat aku sebak adalah gambar2 kenangan lalu.... insiden ni buat aku rasa lemah seluruh badan.. sekarang, tiada lagi gambar kenangan bersama dia, dia, dan dia, keluarga, kwn2, photoshoot sessions dan banyak lagi.... sekarang tiada lagi sumber aku utk tatap balik gambar2 lama, yang tinggal hanyalah gambaran didalam kepala... macam mana aku nak kembali ke masa 5jam yang lalu.. kalaulah boleh dibeli, aku sanggup bayar berapa saja asalkan dapat semula kenangan2 tu, tapi mustahil... mustahil sekali... aku dah mati akal... buntu aku nak pikir... tiada apa yang lebih berharga selain kenangan lalu... satu kesalahan aku yang amat besar dalam dunia maya... :'( dan terus :'( .... harap sesiapa yang masih simpan potret2 lama dapat sumbangkan sedikit kpd aku.... bersama perasaan yang mustahil utk diri aku, iaitu dengan rendah diri aku meminta dan berharap sumbangan.... cakap lah apa pun, aku merayu... kerana itulah nadi aku. ~ Salam....

p/s : perhaps my eyes washed by my tears then i can see life with a clearer view again...

Monday, October 24, 2011

dari lensa nizar...





yuhuuu!! NM kembali lagi.. dah lama tak berbeloq.. asyik berteloq ja..
ok kali ni topik baru, bukan pasal 'hati' lagi...
Ceritanya, aku baru dapat benda yang tak disangka-sangka lagi dlm life ini.. kalau dalam safety, ia dipanggil 'unplanned event' tapi perkataan tu lebih menjurus kpd maksud 'accident' la..
DSLR.. thanks with love to her... tamatlah sebuah pencarian hobi baru,.. just to make myself happy, without causing trouble or harm to other people and me!ni dah masuk minggu ke3 bersama lensa aku, baru lah aku tau
nak bagi balance reading bukaan aperture+shutter speed.. dua2 benda ni berkait rapat.. memang betol kata sifu aku, try and error. nak suh aku guna 'auto mode' ? sori lah, kalau auto mode baek aku beli ja kamera digital, buat apa susah2 nak carik DSLR...

Even dah letih error, aku terus cuba sampai boleh sehingga aku jumpa sorang kawan lama yang memang tak lokek ilmu,.. bak kata lain, lebih baik cuba nyalakan lilin daripada menyumpah kpd kegelapan... bukan senang otai kamera nak pelepas ilmu, apa yang depa mampu ckp selalunya adalah try n error.. Sampainya dah taklarat nak error, sehinggalah shuttercount aku meningkat hampir ke 500 baru lahh tahu nak kenal reading aperture+shutter... bukan mudah kawan2, sebab dua menatang ni berkait rapat dengan natural lighting kita...

bila dah boleh pasal tu, baru sesuai untuk blajar angle.. iaitu dari sudut mana yang sesuai untuk kita 'shoot' satu peristiwa atau moment gambar.. susah memang susah, lebih susah kalau tak kreatif.. kalau nak kretif ni tak boleh malu dengan orang sekeliling, kena brani dan hati kering ja(ada bukti kat gambar bwh) :p .. Dan hobi ni memang menggilakan aku untuk langkah lebih jauh dari tempat yang aku ada sekarang (konon2 plan nak g berjalan la sambil gantung kamera).. keke.. gambar ni setahu aku ada beberapa jenis, antara yang aku tahu setakat ni, jenis potrait (gambar orang, model), macro (bunga,dekat2), candid dan juga lanskap..ha, lanskap ni paling aku minat.. paling aku benci nak amek gambar orang, potrait.. sebab keindahan gambar tu cuma terletak di rupa paras orang tu ja.. kalau cantik orang, cantik lah gambar.. adil ka macam tu? namun kalau orang tak cantik takpa gak still boleh cantikkan gambar tu, kita boleh guna cara 'Rule of Third' (lebih kurang bunyi cmtu la).. kalaulah dari dulu aku memiliki gadget ini........... ok takpalah, next.

What is the Rule of Third? contohnya, kita snap gambar so model yang kurang cantik ni, dengan di tepi2 beliau ada objek lain la, contoh mcm batang pokok pelam ka, bot ker, senang kata ada objek lain yang boleh menarik perhatian lah... selebihnya, kita boleh mintak tolong model tu bawak tripod, dengan beg2 laptop termasuk kamera kita.. ada gunanya bukan? haha, night joke... jangan sesekali tiru teori ini... Namun konsep ini juga boleh dipraktikkan untuk ambil gambar lanskap jugak, contohnya lensa difokus pada sebuah titi 30% dibahagian kanan gambar, dan selebihnya dengan menyulamkan elemen2 yang lain seperti sungai, orang sedang memancing ataupun aktiviti2 yang lain yang memberkan cerita kepada sebuah gambar secara langsung mahupun tidak langsung..

Lastly dibawah ni aku ada selit beberapa gambar percubaan awal aku bersama Nikon.. pandai2 lah the readers suma nilai.. dan kredit aku berikan kpd sifu utama aku, The Hazwan Amir yang memperkenalkan aku ke dunia kamera ini... sehari bersama beliau di Island, sehinggalah ke midnight... tengkiu berimash.. hang dah bagi aku 1 joran bersama umpannya....

ini dia tok guru aku yang paling hensem di dunia...
gambar pertama diajar oleh tokguru.. an example of rule of third in photography..

ni gambar tengah malam minggu di tengah jejantas..
slow shutter testing..
recipe - mode manual 's', iso 800,shutter speed 10s, f/25
aku rasa aperture kena tutup lagi bagi kecik...

di lokasi yang sama, slow shutter, 8seconds

air terjun pertama yang aku ambil.. slow shutter.. rasanya kena bagi slow lagi..
lepas ni ke waterfall lain pulak.. mungkin junjung.. huhh... junjung..................

lumrah... macam2 posisi, angle dah try.. sampailah jadi mcm ni.. hehe, xpa, janji puas.. kena 'heart2' takot2 kang kamera ambil gmbar dlm air pulak...

tudiaa aih makan macam kucingg.. dan disini kami terpaksa berpisah... even susah nak jumpa sifu, aku akan terus praktikkan ilmu yang didownloadkan oleh sifu kpd aku dengan sebaik mungkin, dan (sambil angkat tgn ikrar) abg mat janji kpd amir akan terus seeding ilmu2 ni.. cewah, macam siyee daaa ayatt....

so, jom kita menembak lagi!!!

p/s : Kegagalan didalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan didalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia daripada memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak...

sekarang ia bukanlah lagi satu impian.. namun sekarang aku masih termimpikan sesuatu yang telah berlalu seketika dahulu...