Sunday, December 11, 2011

Trip to Universal Studios Singapore...

holla ladies!.. (yg men xde holla2 k). segar, dah sembuh dr demam n selesema... fuh, kul 3 petang baru.. awal lagi nak tidoq.. gi jejalan pantai, buat kacau sikit kat rnr bagan ajam dgn bbrapa ekor kawans.. semua demi merilekkan pikiran.. sedaq2 alamak kul 3 dah.. dah2 weh jom balik anak dara tak baguih merayap memalam. jom p layan emosi dalam bilik pulak.. cak! dah sampai bilik.. fuh bilik aku nih.. macam laki bini brutal gadoh, punya la beselerak.. besala, bujang empat la katakan... sambil2 melayan lagu2 dari utube dan redtube, aku teringat satu kisah.. eh mana buleh bagitaw, rahsia naa.. takpa biaq aku yang simpan.. takpa la mat, move on..

setiap titisan air mata yang keluar tiba-tiba tu akan 'clearkan' lagi lensa kedua2 mata mat.. macam Najwa latip sebut dalam lagu Cinta Fesbuk beliau, ''setiap yang berlaku ada kebaikannya, harus pejam mata dan cuba apa saja...'' setiap kali bila saja aku nak berubah, pasti ada ja penghalang.. ada saja petunjuk untuk aku mula meragui.. iyer, aku memang payah untuk aku berubah.. tapi tatkala aku pasang azam untuk berubah, jangan lah timbulkan halangan... sebab susah kembali untuk aku berubah balik... takpe lah dah itu sebenarnya pilihan engkau untuk terus biar aku begini, then aku cuma akan duduk di seat sebelah pemandu hinggalah tiba ke destinasi aku... aku bukan nak yg perfect, cuma sesedap rasa untuk terus bersama aku hingga akhir hayat.. jangan sengaja nak bagi aku ragu2 wei.. cara aku, satu petunjuk cukup untuk meramalkan apa sebenarnya engkau selepas ini... Aku tau aku pon pernah buat salah.. dan dimaafkan.. kau pon penah buat salah, tapi aku maafkan.. mengapa kesalahan perlu dibalas dengan kesalahan? apa yang aku nak mention disini, kesetiaan aku dah hilang.. totally lost 100%.. mmg aku akui aku cerewet, kdg2 i lost my temper.but it's all over in a minute.. takpalah, pasrah/menyerah jelah,macam Lisa Siruhani/Surihani (mane satu btoi ni) dlm citer ombak rindu tuh... please, give me a room untuk berubah..... atau satu kejutan akan berlaku.....
dah jom cargas balik... baru2 ni aku ada post pegi Genting Highlands... erk, for those who haven'tread it, please visit my last post by clicking this.. not that lah.. but THIS lahhh!! aiya manyak mengong... hehe...akhirnya tercapai hajat aku ke USS Singapore, in Sentosa Island 26 November lalu... jom ushar gambaq.. jangan risau aku tak amek gambaq juboq mat saleh okkk.... tapi yg Asia Pacific made punye ada lah. haha


SILA KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN YANG LEBIH SIHAT



aku tak penah tau pon kewujudan 2nd link ke Singapore nih... bila dowg bikin ini jambatan?



wow! yahu. bapak sardinnn... memang sesak.. bau ketiak tu berada di mana2... janji Singapore! haha.. jap2.. kring kringgg.... hello mak, chek dah sampai kat tempat yang melalaikan dah ni.. sat na chek nak enjoy sampai lupa diri taw =p



ha, belakang ni gundik2 aku.. aku yang bayarkan tiket depa semua.. takmahal, tak sampai SGD 90 ponn.... piwittt.. jom folo abang...



adik aku.. Nur Fatihah. (dia memang tomboi sikit.. eh,banyak!) macam tak pecaya kita leh sampai sini kan dik...



rasa macam nak berenti ja keja kat TNB tu.. dan terus ja terima tawaran kerja kat California US tuh as actor.. (pergh, bajet..) kang owg ckp aku pelakon negro..



tomboi... biasalah, mesti suka begambaq ng pompuan!



memang sardin pon... dianggarkan orang di sini lebih kurang 100 ribu.. dari serata dunia. time kami pi ni, kebanyakan dari Filipina, dan Mesia.. aku suka speaking ng Filipino, sbb sebutan depa seketoi seketoi.. clear.. even slang depa agak lain sikit, tapi wordnya still clear..













sape la tanam pokok moktan tengah2 USS nih.. bodoo~



antara tempat yang aku lawat...



korang tau brapa jam untuk tunggu giliran..? ada la dalam 70 minit...



klik untuk baca...



75 minit weh... bapak aku ckp, time dia pi 2 bulan sudah, setiap game dia tunggu tak sampai 20 minit... yelah, ni kan peak season...



yang ni dalam Madagascar.. dan banyak lagi gambar dalam hadisk aku..








this is Sci-Fi City.. ada dua jenis rolercoste.. merah (human) biru (cylon).. paling gerun biru lah.. sebab dia twist badan kita byk kali.. kepala di bawah, kaki kat atas.. so, bahu kita yang tanggung beban badan kat cage tuh.. bontot terangkat dari seat.. hebat weh hebat...





aku ng perk (fatihah) naik roler coster 4 kali.. dan kesemuanya kami request utk duduk seat depan.. yeah, seat depan lagi mencabar... aku jerit lagi kuat dari dalam pawagam time tengok cite antu... sampailah roler koster tu berenti.. hehe... sapa kata muka mcm ni ati kasar/extreme? dalam ati ada masjid ok!






ni namenya Ancient Egypt.. dalam building ni ada rolercoster gak.. cuma, kita gelongsor dalam gelap.. memang gerun yang luar biasa.. bayangkan naik rolercoster dalam gelap mcm mana kita nak redi? kejap naik, kejap reverse, kejap kepala kat bawah... fuh, scary weh.. lebih scary dari tengok cite antu kat wayang.. tapi scary lagi biler lipas melilau di atas katil time kite sedap2 tido..






















roler coster tepi tu kecik sikit.. tapi masih mencabar.. nama beliau Enchanted Airways.. binti aper aku taktahu... kena tnya tokey USS kat kaunter tiket tuh...









jom melawat istana...















kat celah2 lorong ni ada apek juai air.. murah ja.. mineral water baru $2.50... dalam RM6.20 jaa :p hak3..




dalam USS ni jugak ada sebuah town seakan-akan New York City.. dowg bikin beberapa buah bangunan yang designnya seperti di New York. Kaki lima, tempat letak kereta, kedai makan, cinemas, cat line jalan.. semuanya seperti di negara barat... so, enjoy gambar2 ni sume k kawan2...























































so guys..time up.. time untuk keluar dari USS.. memang great experience di USS.. yang penting, tempat2 sebegini tiada di Malaysia.. mungkin di Genting Highlands, tapi tidak setanding USS.. even tanah Singapura kecil dan terhad, namun pemerintahan di sana sungguh bijak.. mereka mengawal rapi segala apa yang ada di sana.. Contohnya, kebersihan.. jika teliti betul2, aku cuma jumpa 1 botol minuman jer kat tepi jalan dibuang oleh orang yang tidak bertanggungjawab (sbnrnya byk di Mesia).. so this all about people's mentality.. Bagaimana boleh jadi begini? sebabnya adalah penerapan nilai2 moral dan kesedaran sivik dari kecil lagi oleh ibubapa.. Mereka tidak menyerah pendidikan anak2 kepada guru semata2, malah mereka bekerjasama bagi membentuk akhlak generasi-generasi baru.. Dari segi kemudahan.. jika dilihat, sana memang banyak rumah pangsa/flat. apa yang aku kagum, rumah2 pangsa disana memang kemas. maksud aku, dicat rapi, susahla nak tengok tompok2 hitam di bangunan flat kediaman rakyat2 singapura.. dan kemudahan pengangkutan awam dimana2.. turun jer flat, ada bas stand.. dibawah flat siap ada supermarket, kedai makan.. Jadi rakyat2 sana tak perlu bersusah payah untuk keluar bawak keter pegi jauh2... hampir setiap flat begitu... Dan apa kesan dari kemudahan ini? Jumlah kenderaan awam amat sedikit di sana.


Jelas mereka menyokong 'Go Green' secara tidak langsung. Ini kerana kejayaan kerajaan sana memberi kemudahan pengangkutan yang sangat sempurna di negara mereka.. Kesannya lagi, pembakaran ekzos dari kenderaan kurang. Kandungan CO2/ karbon dioxide dan CO/ karbon monoxide dari keretapun semestinya kurang dan tidak hairanlah jika Singaporean sihat-sihat belaka. Tapi, pembangunan amat pesat di sana. susah nak cari pokok-pokok hijau, seperti yang kita boleh lihat di tepi highway. Masih boleh diterima walaupun banyak penebangan pokok namun mereka mengurangkan risiko kesan rumah hijau dengan mengurangkan penggunaan kenderaan peribadi. Adil bukan ? jika di Malaysia, rakyat digalakkan buat loan kereta.. kesannya, setiap keluarga ada 3 hingga 4 kereta dan motorsikal (aku pon same daa)... Tabik spring kepada Singapore.! (setiap negara ada lebih dan kurangnya..)


Gambar dibawah scenery Singapore ketika malam... enjoy da pictures!



SILA KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN YANG LEBIH SIHAT


























total wang yang ditukar adalah RM200 = $81.20
total wang yang dibelanja (mkn n mnm) $9 jerr.. kedekut kau mattt.....


jadi setakat disini lah tamatnya pengembaraan ke negara orang... Aishh... teringin pulak nak pegi Bandung Indonesia larh... jom2 plan sesame? hehe.... tata.


p/s
: if people are trying to bring you down.. its only means that you are above them...