Thursday, September 22, 2011

Purdah yang Jarang

Terciptanya tangan Hawa adalah untuk dibimbing oleh Adam.. tercipta hati Hawa pula untuk disayangi oleh Adam... Namun awas! Tempat kaum Adam sebenarnya di Syurga, namun wanitalah yang membuatkannya menjadi serba terbalik... Try baca kisah Nabi Adam a.s.

Frust dalam bercinta - Siapa yang pernah rasa tahulah macam mana peritnya... aneh sekali penyakit cinta ini kan... Namun, ada individu sampai terbentuk sikap pesimis sejurus lepas frust.. Usher, yang terkenal satu time dulu dengan lagu Yeah! pon penah cakap gagal dalam bercinta adalah ujian dari Tuhan yang paling dasyat.. percayalah, putus cinta adalah bukti menunjukkan bahawa yang paling layak dicintai adalah di atas sana. Namun, sudah jadi fitrah alam bercinta, ditinggalkan kecewa... Cuba kita renungkan, mengapa orang putus cinta? dihalang keluarga? bosan? sekadar menyukai bukan mencintai dan telah jemu terus meninggalkan begitu saja? Betul, sesetengah individu terpaksa berkorban dalam bercinta, namun tidak terfikirkah mengenai orang yang ditinggalkan? Tidak semestinya pandangan sebelah pihak dapat menyelesaikan masalah kedua-dua belah pihak.. Macam-macam alasan boleh diberikan berbanding ketika sedang bercinta, sibuk melafazkan kata-kata penipuan, pula ikrar yang dimeterai sewaktu sedang 'syok' bercinta, sumpah setia, orang ketiga, perancangan masa hadapan, akujanji.

Sedarlah, fenomena ini amat biasa.. jangan terlalu percaya cinta yang awal, dan jangan pula mengkhianati cinta yang benar-benar iklas... Ingatlah, biar pengalaman dan penderitaan menjadikan kita bersifat sinis dan skeptis, supaya kita tidak lagi mengagung-agungkan topeng cinta. Dan jangan sesekali menjadikan situasi dan kondisi yang dilalui menjadi antara elemen untuk takut bercinta lagi... Sebaliknya jadikan kronologi pengalaman yang lalu mengajar kita kearah kesempurnaan dalam memilih pasangan, kerana pengetahuan mendewasakan kita, pengalaman mengajar kita... Dan jangan pula sesali mengapa kita ditinggalkan, namun bersyukurlah kita yang terpilih kerana dalam kesusahan, kemiskinan, kegagalan, didalamnya terdapat 1001 hikmah dari Allah. Tersentak dari hakikat itu, kita akan mula berfikir tentangnya.... Berubahlah, jangan mudah percaya pada cinta dusta, berubahlah mengikut haluan dan cara kita sendiri. ' we can't direct the wind, but we can adjust our sail'.. Memang kita tidak dapat melawan takdir, namun Dia memberikan kita kuasa untuk mentadbir diri kita.

Aku tak nafikan, bukan perkara mudah untuk melupakan seseorang, malah juga untuk mencintai... Jangan mudah percaya dengan kata manis yang biasanya mempengaruhi kita dengan pandangan mata dusta biarpun ianya mampu memberikan kita sejuta kata bersulamkan senyuman lakonan yang akhirinya sebuah mimpi dusta ditengah hari dan pencabulan janji. Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang, justeru pelajarilah, teladanilah pengalamanmu kerana ia manis malah lebih manis dari janji-janji yang pernah diukir dengan tersiratnya seribu perkataan dusta dan bohong dalam tarian patung diatas pentas lidah.

Entry ini aku dedikasikan khas buat seorang teman...

p/s : Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.. Reaksi emosi pula jangan dituruti kerana implikasinya belum tentu seperti yang diimaginasi .

No comments:

Post a Comment