Friday, September 30, 2011

Mimpi ditika Zohor...


Impian... ianya adalah sesuatu yang diinginkan tak kiralah sama ada ianya berupa meterial atau sebaliknya... Satu lumrah manusia, tak lari dari mengimpikan macam2... Menurut kamus Dewan Bahasa edisi ke-3, 'Impian' bermaksud sesuatu yang diimpikan, angan-angan, khayalan... tak salah kalau ada impian, pasang niat nak itu lah, ini lah... Tapi lumrah manusia jugak, pasang impian tinggi Everest Mt., tapi malas. Pendek kata, malas tapi impikan macam2...

''Insyaallah kalau ada rezeki, ada lah.. kalau tak, menganggur dulu lah aku..'' pada masa yang sama, angan-angan tu macam2.. mengalahkan Datuk, Tan Sri.. Nak bini lawa lah, yang bekerjaya, berpendapatan tetap, rumah besar, paling penting, sebuah Toyota Vios TRD utk pergi kerja, Honda Civic (at least Type-R ok!) tak pon Mitsubishi Lancer GT 2.0 pon jadi lah, Toyota Estima Aeras utk longtrip bersama family nanti, dan Yamaha R6 habuan nak santai2 ataupun konvoi dengan group... fuh, impian macam idup 200 tahun lagi....

kata kat orang, aku pon sama daa.... Macam orang lain, aku pon ada impian yang kebiasaan ada pada diri lelaki awal 20-an mcm ni....

antaranya......

Paling koman OK! huhu... jika diizinkanNya...


lepas tu, yang ni pulak ok... (sekali pakej dengan yang sebelah pon xpe)

ni untuk ronda2 je bawak anak atas tank :).. entah lepas aku monopos baru dapat merasa Yr6 ni aperr.... keke

Yang pasti, aku akan dapatkan apa yang aku impikan selama ini satu hari nanti dengan bermodalkan usahaku semasa muda serta aku akan jadi pengorbanan detik-detik minit mudaku ketika yang lain keluar berlumba haram, akan aku mengesot, merangkak, melangkah dan berlari untuk mendapatkn cgpa yang cemerlang, ketika yang lain bertungkus lumus menari di Club, akan aku bergelut untuk siapkan tugasan, ketika yang lain merehatkan badan di siang hari akan aku bermandi keringat untuk mencari hasil untuk dijadikan modal impianku, ketika yang lain mengeluarkan wang kertas untuk bergembira, akan aku mengeluarkan sebatang pen dan kertas untuk menikmati hidup bahagia disamping keluargaku dimasa hadapan nanti. Aku Janji dengan izin Tuhan, sebagai hambaNya, dan Umat Rasulullah. Semoga aku tidak leka akan perjalanan ini.

dan jika diizinkanNya,...
tempat yang lazimnya orang Muslim akan lawati bila datangnya seru...

tidak kisahlah kereta sekecil Perodua Viva ataupun segagah Audi TT, motor selembab Honda c70 ataupun sepantas Yamaha R1, tempat sebusuk Jakarta ataupun seindah Pulau Mauritius biarpun sesibuk Kota London sekalipun...

Yang pastinya, mansion terakhir kita adalah disini...

Jesteru, janganlah kita sia-siakan masa muda... Gunakan kudrat sekarang ini dengan semaksima yang boleh supaya kita tidak kesal dimasa tua kelak. Budaya generasi muda yang gemar manjakan diri disamping ibubapa sebenarnya berupaya merosakkan masa depan sendiri malahan mampu menggoncang ekonomi negara dan mencemar nama nusa dan bangsa..

Fikirkan semula... Apa yang dilakukan remaja/muda-mudi Melayu ketika berumur 18-25 tahun? Satu persatu bangsaku menjadi layu yang gugur di medan perang ciptaan saudara-saudaraku sendiri! Namun, apa pula yang sedang diusahakan generasi muda Cina yang berumur 18-25 tahun? Kenangkan nasib kedua2 bangsa ini ketika mereka berusia 40 tahun nanti? siapa yang untung? Bukan mahu bersikap prejudis mahupun rasis, tapi hanya mahu membangkitkan perasaan semangat yang setanding dengan kemahuan kita supaya kita lebih bersifat competitive berbanding bangsa lain dan tahu menggunakan kesempatan 'Manja' yang diberi kerajaan utk kaum Bumiputera dengan sebaik-baiknya. Dunia pesat membangun jangan kita pula yang menggelamun, dunia serba canggih tapi kita sendiri masih menagih... Sama-samalah kita fikirkannya, kerana yang akan menentukan masa hadapan hanya diri kita bersama masa lalu.

p/s : Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah yang penuh dengan kapal karam di dasarnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.

No comments:

Post a Comment