Saturday, May 14, 2011

Rahsia disebalik hidung kita....


Pengalaman kawan aku masa beliau keja... ada la sorang anjing ni,eh silap..sekor anjing ni, dia dok salak kat member aku ni... then member aku ni suarakan rasa kurang selesa dengan salakan anjing tu... memang mcm hanjing larh.. tapi selamba anjing ja tuan beliau cakap ''kawan, anjing memang diciptakan untuk jadi macam ni..'' Yang paling spesel, tuan anjing tu Chinese... dia percaya kewujudan setiap elemen dalam kehidupan mesti ada maksud tersembunyi. Allah menciptakan sesuatu tidak sia-sia. dan seindah-indah sesempurna makhluk ciptaanNya adalah manusia. Alhamdulillah... kita patut besyukur sebab diciptakan sebagai manusia, bukannya tenuk atau kera, atau 'kerbau pendek' (pig lah) kekeke...

Apa yang aku cuba sentuh pada post ini adalah mengenai ciptaan Allah pada diri kita.. Mengapa setiap tulisan tangan kita berbeza? mengapa mata dicipta dua,bukan lapan? mengapa tangan kita dua,bukan empat? mengapa kita perlu ada tulang belakang? Reader, setiap perkara di tubuh badan kita mempunyai rahsia tersendiri...

Kali ini blogger Nizar Mazlan nak share pulak pasal bentuk hidung kita.
Rahsia disebalik hidung. tilik hidung anda dicermin sekarang dan cari rahsia anda disini.

Hidung panjang : Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja 'mencari pasal' dengan mereka yang berhidung panjang.

Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung kecil : Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.

Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.

Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha... bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi...

Hidung paruh burung : "Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!" Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha... jangan tak tahu... mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.

Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

Hidung tajam : Ha... jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

Erm, apalagi pastikan bentuk hidung pasangan anda agar mudah untuk anda mengenalpasti peribadi atau personalitinya. Selepas ini, tiada lagi alasan untuk anda tidak mengetahui peribadi pasangan anda. Bagi mereka yang berhidung kembang, kecil runcing, pesek dan lurus, pastikan anda membaca artikel ini dalam bahagian kedua. Selamat menilik!

Hidung lurus: Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha... mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

Hidung kembang: Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung runcing: Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha... jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang 'bodoh' kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung pesek: Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

Menarik bukan? jom share dengan kawan2 yang lain.

erk, ini apakes pulak ?? =)

p/s : setiap kehilangan ada gantinya. setiap perlakuan ada ganjarannya. setiap ciptaan ada hikmah di sebalik kejadiannya...


Monday, May 9, 2011

Rahsia disebalik tulisan kita....

fuh.baru balik kerja... harini oT smpai 8.15.. biasalah, sementara bujang macam ni, time2 begini la aku nak hentam oT kaw2... nanti lau dah kawen, bini asek nak kapok celah ketiak, mana takleh pi. kekeke... yo la tu... weh2, ada story sket.. mula2 agak hangin satu badan tadi time riding motorbike akuh... when me and my colleague aka my childhood friend, were going back from work,time on da penang bridge tu kami konker la lane paling kiri... yo la, nak duk tepi sangat, paku banyak pihak tak bertanggungjawab tabur nak carik makan.. kot2 la ada tayar bocor.. so kitorang rempit lah dengan relax tanpa rasa bersalah di lane kiri... kereta pon memang sikit ja tadi. ada la sorang mamat nih,agak brutal gak lah muka (naek kancil je pon) dengan kereknya beliau memintas kami dua ekor and teros masuk lane kami kat depan. dah la potong tak kasi signal, buleh pulak ushar kitorang rapat2.. apa kes bro, nak gado takda hal, kicik punya tanggungjawab sama gua... deyy, belajar skolah memandu mana? henry gurney ka? sapa lu punya pengetua? haiya bikin susah ini olang.

aku pulak jenis hangin orang dok ushar tajam semacam.... pantang cucu aku punya atok orang buat giu... aku pon bukannya sejahat mana, tapi baik tu memang tak ah... then aku dgn jamil overtake pulak and dengan bontot selamber anjing, slow sangat kami ride... pergh, dia potong lagi.. kali ni ushar lagi dasyat dengan muka marah. memang nampak jahat muka dia, tapi dah lu munya mak beranak lu keluar muka itu macam, mau bikin mcm na,.. buat kali terakhir aku potong dia sambil jerkah high volume tepi tingkap driver, '' lu ushar apa!'' ??? sambil2 tangan kiri suh dia berenti...
gua ingat dia nak berenti, sekaliii dia angkat tangan daa sambil tunduk terhangguk2 sory2 pulakkk... ayo maa ayoo paaaa.... wa suda kejut olang penakot rupanyeeee...!! muka brutal, tapi dalam hati ada taman..hak3... then penutup cerita, aku pon dengan muka kerek pulas throttle..jauh sikit, kami dua ekor gelak terbahak2 mcm kera menang pro evolution soccer... aku yakin lepas ni dia tak berani ushar orang mcm nak makan orang.. setidaknya aku berjaya buat gaya idop orang berubah whattttt :=)

oklah... refer kepada tajok post kali ni....
setiap orang mempunyai personaliti tersendiri... kekadang, rutin seharian kita menggambar personaliti kita, tak kira secara langsung atau bukan, secara sedar atau tidak. seperti cara dressing, cara makan, jalan, bercakap, berucap dan juga menulis...
menulis? boleh kita nilai seseorang daripada tulisan orang itu?
ya...
tulisan mencerminkan peribadi... kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...
mari kita baca dibawah....

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

p/s : mengalah kepada orang yang kita sayangi adalah suatu bukti betapa besarnya perhatian kita terhadap mereka..

kisah seorang sahabat...


aku dah kehilangan norma kehidupan!.

dekat pukul 1 pagi masih belum dapat tidur.. mengapa jadi begini? cewah ayat skema anjing... orait, time2 mcm ni aku terkenang kisah bff aku... hurm, we are very closed.. so many lesson dat i've learned from her last relationship. she said, it was a terrible nightmare.. aku tak boleh bayangkan macam mana dia mengharungi liku-liku perhubungan selama lima tahun.. so i want to share some of her experience with you all...

setiap kali aku jumpa dia, aku pandang mata coklat dia dalam2, memang banyak yang sengsara terbuku dalam hati dia. yer,dia juga manusia biasa. mengapa juga seorang manusia biasa bergelar lelaki harus hadir dalam hidup dia hanya untuk melepas geram, maki hamun.. dimana letaknya hormat seorang lelaki kepada kaum hawa? setiap kali timbul saja konflik antara dia dan si dia, mesti si awek ni kena sound, abes keluar nama makbapak, dalam kain... perlu ka semua tu? aku rasa tak wajar kot untuk kita membabi buta membabitkan orang lain dalam isu cinta. sekadar melepas geram, ask for clash dan selepas tu minta rujuk (kapel balik ler ngok) dengan muka selamber dog... hurm, apa perasaan si perempuan time tu? demi sayang dan cinta yang tulus ikhlas, di terima walaupun more than 10 times (dia ngaku sndirik kat aku). biar pun acap kali berlaku, dia masih terima.. walau dia tahu pakwe dia ada scandal lain, dia masih terima... tapi aku kecewa, segala macam nasihat yang aku bagi, bagai tak diendah. yer, dia masih perlukan si dia... tapi tak mengapa, sebagai teman, aku sekadar nasihat apa yang aku mampu. secara jujur, aku sedih.. ye, cubit paha kiri, paha kanan pon terasa. aku mengaku, dia antara sahabat paling aku sayang. banyak perkara kami share sebelum ni.. dia jadi tempat aku mengadu, begitu juga sebaliknya....

Namun apa yang aku belajar dari pengalaman na-o-mei (bukan nama sebenar), bersabar. tak semestinya cacimaki yang dilemparkan orang, kita perlu membalas dengan kata-kata yang sama,maksud aku yang kurang sopan juga. untuk apa kita tidak perlu membalas? kerana untuk menjaga maruah kita jugak.. untuk tidak menunjukkan bahawa kita SAMA SAJA DENGAN ORANG MACAM TU. so, be professional, not emotional... when we're succumb,it doesnt mean we're lose. but, it shows that we're more matured and educated. aku tak salahkan si lelaki, mungkin setiap orang mempunya cara untuk melepas tekanan hidup masing-masing. tapi cuma aku tak berapa berkenan la dengan cara brutal mcm ni..

Thankgod, sekarang cerita doremi dia dengan si dia dah berakhir..... kawan2, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. bersabar, kunci kehidupan. fyi, she now working for a big company at Alabama, the state that located in south-east of USA, boarder to Tennessee. u all tahu kan? dan bertemu dengan seorang lelaki yang lebih matang dari sebelumnya.. berkat kesabaran, akhirnya Allah memberikan apa yang dia doakan selama ini. aku harap naomei akan terus menamatkan zaman bujang dengan that mamat ber'degree' tu... ya, aku percaya dengan hukum karma, 'kalau kita tak sakiti orang lain, orang lain pun tak akan sakiti kita.'

bilasaja teringat kisah Na-O-Mei, aku teringat lagu Bunga by Exists... sedikit rangkap lirik dia mcm ni...

Ku mohon kau yang indah pada mu
Untuk ku tatap menawar resah ku
Kekal aku di situ harungi cinta
Dan aku pohonkan yang baik
Bersantun kata-kata tentang cinta
Bicarakan rindu pada ku
Mengharum selamanya..

Anis, hang wanita sempurna dan yang paling penyabar yang aku pernah kenal di muka bumi ni... thanks sebab jadi kawan aku. Alamak, tertaip nama sebenar pulak! backspace button pulak rosak :) opss soryy :p


p/s : kesakitan membuat kita berfikir. fikir membuat kita bijaksana. kebijaksanaan membuat kita boleh bertahan dalam hidup

Sunday, May 8, 2011

beza pendrive ori dengan bukan ori..

post kali ni aku nak share 1 info yang baru aku dapat...
harap info ni dapat beri manfaat kpd kita semua..
macam mana kita nak tau pendrive yang kita nak beli cap ayam
atau yang original?
tentu kawan2 semua nak tahu bukan?
tapi contoh yang aku nak bagi ni,
untuk brand Kingston sja..
seems ramai yang pakai Kingston (xdak masa nak mempromote k)
so jom kita lihat gmbar di bawah...






kalau yang ori, di bahagian besi yang kita
cucuk kat usb tu, ada tanda macam ni...
(gambar diatas)

kalau yang tak ori, dia takda tanda apa2..
kosong jer...

so,berhati-hatilah agar tidak ditipu ;)

p/s : Satu harta yang sangat berharga yang jarang dimiliki orang masa kini, adalah kejujuran.

Saturday, May 7, 2011

aku

Semalam semasa aku kerja dekat Campbell St.,
aku terserempak dengan orang yg pernah
begitu rapat dengan aku (it was a couple of month jer).
no no no,it was a history. we were nothin.. and it wasn't her fault.
ya,dah semakin besar,matang,mendukung anak(saudara).
dunia kecil, last2 jumpa jugak.
dengan laju aku bergerak kejar masa, tetiba,
''nizar(maybe dia prasan nama dkt baju aku), makin hitam mat!!..
awat cengkung ja muka.. sakit apa ''
haha,ayat yang biasa aku terima dari orang yang lama x tengok aku..
sempat chat,compliment,enthuse kejap, then aku terus kerja sampai aku puas.
maklumlah,almost 3 minggu aku tak pegang handheld 47 aku.

oklah,then balik kerja(about 9pm) aku singgah kat EA bistro,
hakmilik member aku,edmond..
tengok orang Serani (eurasian) main band, couple dance,makan,minum..
they were very open minded..
layan lagu 'rivers of babylon' live (requested by me)
band di pub tu pun banyak mainkan lagu retro dari kump boney m, bee gees..
sambil pkir kesalahan aku dulu..aku bersalah terhadap dia.
tapi takpa,aku redha..it was happened for a god test..
yang penting,setiap kesalahan kita jangan diulangi..
mungkin ni semua hanya menguji ketabahan sebelum aku
temui erti kebahagiaan... namun,aku akan pegangkan keyakinan
hati bagi meneruskan perjalanan.. demi untuk tidak kecundang lagi...

sudah..merapu banyak.. jom fokus dekat tajuk post..
memandangkan aku masih awal di blog,
saja nak story segalanya pasal si nizarmazlan...

aku cuma orang simple..
tak reti ber-dress'up..
tak mahir memujuk..
tak pandai untuk memahami..
namun sehingga sekarang, sukar untuk difahami..
siapa yang pernah bersama aku,
tentu tahu betapa susah NizarMazlan untuk difahami..
aku lebih suka difahami dari menceritakan tentang diri aku kepada orang..
kenapa..?
kerana Siti Khathijah seperti itulah yang aku sedang tercari-cari..

aku..
seorang lelaki biasa yang tak suka meminta 3x...
seorang anak bongsu biasa yang tak suka bertanya 3x...
seorang hamba yang tak suka dikhianati 3x...

aku..
tak perlu tanya apa aku suka...
tak perlu faham apa aku mahu...
tak perlu memahami semua madah mulutku...

kamu..
cuma perlu tahu apa yang aku tak suka
cuma perlu faham apa yang aku tak mahu
cuma perlu fahami segala gerak tubuhku...

rindu....?
aku masih rindu satu senyuman yang ikhlas..
kerana ia lebih berharga dari sejuta kata yang tiada makna...

segalanya tentang aku..
dats too simple?...

ikhlas dari dia ^....aku...


p/s : Syukurlah dengan apa yang kita dapat kerana belum tentu kita boleh mendapat lagi apa yang telah kita dapat.

Thursday, May 5, 2011

~aku~dia~kamu ? - chenta...

fuhh.. lama tak kacau blog aku nih..sowi kawan2, asek busy ja lately ni.. dengan keja, overtime pulak, assignment lagi.. perit jugak weh keja sambil2 part time belajaq..
tapi takpa,kerja demi masa depan... belajar demi ilmu. tak salah kalau kita belajar sampai mana2, untuk diri sendiri jugak. atleast tak lah diperlekehkan orang.. yelah, sapa la nak pandang mamat berSPM ja lani... nak masuk minang anak orang pon, si bapaknye tnya.. -
1. hang dok buat apa lani?
2. keja mana? gaji? kmpeni bagoih ka tu? hah, kilang?operator pengeluaran ka?
3. belajaq takat mana? laaa spm kaa... anak aku diploma ni,hurmm...
4. awat nak anak pakcik? ha,cinta? hang bawak cinta hang tu pi tesco extra bahagian cashier, tanya depa, ''buleh dak nak bayaq pakai cinta''...
last sekali kena sound, baiii,sekalang idop pakai dwet maaa.... wa talak main cinta2 munya...

hish2, susah jadi lelaki kan?

soalan diatas amat familiar la kalau kita (lelaki)
pi bertandang ke rumah si dia (pompuan)...
cHentA ??

jom kita sembang pasal cinta? piwitt....
banyak benda aku belajaq,banyak pengalaman yang dapat...
tapi bak kata ameng spring, 'guruku sejati'.. yes..
nizarmazlan cakap pulak,
experience is the best teacher...

masa bercinta,bagai nak rak. punya laaa planning, last-last...
dia kawen dengan orang lain plakk... hurm,nak buat cmna..telan air liur lah..
pujuk rayu punya rayu, terpaksalah aku lepaskan..
pergh ayat.. tapi tu lah hakikat. that was my nightmare and a history..
takpe, at least dia bahagia disisi keluarga...
but thankgod very much, sebab aku dah dapat lupakan sepenuhnya mimpi ngeri tu... ;)

so as the conclusion, never put too much hope to women..
ops,bukan salah si 'women', mungkin ini takdir. sampai sekarang aku rasa dah serik dalam berkasih, takot2 terkasihan pulak...
Dia maha mengetahui. lebih baik cinta pada yang Esa..
alamak ter'alim' sudaa....

oklah,takmau ingat sangat2..
to all reader,ingat ayat atas tu.. dont put too much hope.. ye memang its feel like heaven,but when breakup, its worst than hell.
paling penting, jgn terlalu benci pada seseorang, dan jangan terlalu sayang pada seseorang..
ada maksud tersirat tuu, pikir2kanlah ye kawan2...

iklas dari dia --->
dari dia ^ keyh, bukan aku :)

p/s : aku mencari Siti Khatijah untuk menempah bilik di SYURGA kelak