Sunday, December 4, 2011

Trip to Genting Highlands.. dan pemadam..


salam 1 2 3 Malaysia to all pembacas2.. lama dah jari Nizar tak menaip di sini. biasalah, sibuk dengan kerja, kelas, dan anak2 buah yang menghangatkn lagi hari2 aku.. takpa, atleast masih ada insan spt ini yg boleh buat aku tersenyum. hidup ni terlalu singkat dan penuh dengan kegelisahan. tapi kenapa masih ada orang yang masih menyakiti sesama sendiri.. mengapa tidak boleh berdamai?

Mari kita ambil iktibar dengan melihat kasih sebijik pemadam terhadap sebatang pensel.

Pensil : pemadam, maafkanlah aku.

Pemadam : mengapa pulak, hang tak buat salah pon kat aku.?

Pensil : Bukan apa, aku selalu buat hang terluka dengan setiap kesalahan aku. bila ja aku melakukan kesalahan, hang mesti bersedia untuk padam kesalahan aku. dan apabila hang berusaha membuat kesalahan aku terhapus, pasti hang akan kehilangan diri hang sedikit demi sedikit. aku berasa bersalah kat hang pemadam sebab hang sentiasa ada untuk aku, terluka demi aku..

Pemadam : aku langsung tidak berasa keberatan kerana aku sentiasa tercipta untuk hang. hang kan kawan baik aku, jadi aku sanggup kehilangan separuh dari diri aku untuk mempertahankan hang, biarpun aku akan menjadi kecil malah akan terus hilang suatu hari nanti, dan hang akan dapat pengganti yang baru. aku nak pesan, hang jangan sesekali lupakan aku dan belajarlah dari kesalahan hang yang dahulu untuk jadi lebih baik dari yang sebelum. ingatlah satu hari nanti kita akan terpisah.

cuba lihat pemadam.. di sentiasa ada bersama sahabatnya walaupun dia sedar dia akan pergi satu hari nanti. malah sifat tulus memang ada terhadap diri dia. Pensil pulak, ia selalu melakukan kesalahan. cuma yang bezanya, sama ada kesedaran itu timbul lepas hilangnya pemadam atau sebelum hilangnya pemadam. dan ia akan merasa rugi satu hari nanti..
jadi apa yang aku nak pesan kat sini, hargailah sesiapa yang berada di sekeliling kita kerana kita cuma akan menyesal bila kita kehilangan mereka. gunakan kewarasan minda kita untuk berfikir sama ada 'dia', atau 'mereka' berguna atau tidak kepada diri sendiri dan impaknya bila kita kehilangannya nanti. tindakan kita menunjukkan akal kita. dan akal kita menunjukkan kewarasan kita yang sebenar. itulah sebenarnya diri kita. tak perlu dicari, tak perlu 'test market' dengan mencuba untuk bersama orang 'ini' dan berubah kepada orang 'lain'. untuk apa? cuma untuk memenuhi pasaran bursa saham yang sedia ada? cuma yang akan tinggal untuk dikenang suatu hari nanti adalah 'serpihan pemadam'. sekali lagi, harga diri kita terletak di kewarasan akal fikiran kita. bukan hanya dengan senyuman, kata-kata mahupun janji. ingatlah, muda hanya sekali, bukannya berkali-kali.

Masing2 dah besar, fikir lah sendiri. kita sendiri yang menentukan hala tuju hidup kita dan orang sekeliling cuma berada sebagai 'pemadam' yang cuma menunggu masa untuk pergi. Jadi gunakan waktu dengan bijaksana kerana kewujudan orang sekeliling kita singkat..

Ok fren, kali ni nak share sikit pengalaman pegi Genting Highland (25/11/11) iaitu Jumaat..
actually trip ni memang totally unplanned event.. tetiba ja terlepas sampai ke Genting, apa cerita? haha.. asalnya aku cuma nak g jejalan KL town jer.. tengok suasana ibukota Malaysia. terlanjur aku tidoq kat rumah Wan aka my childhoodfriend, dan ditemani sekor lagi sahabat dari kecik dulu iaitu Perk (bukan nama sebenar). 1st skali aku nak story lokasi rumah wan. memang scary lah. sebab aku nampak hantu pada malam keesokan harinya. tak silap aku pocong. takpe, next post aku cite plak pasal hantu ek.. tempat dia memang hujung dunia. flat. atas bukit. paling hujunglah. disitu ada lebih kurang 10 blok. setiap blok ada lebih kurang 20 unit rumah tapi yang uniknya setiap blok tu cuma average 2 hingga 3 unit rumah yang berpenghuni. yang lain tu agaknya ada jugak penghuni tapi rasa2 bukan manusia lah kot. bloknya lebih kurang mcm dalam citer Tolong Awek Aku Pontianak. takpelah dah nasib hang lah wan oiii...

SILA KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN YANG LEBIH SIHAT
kami bertolak pagi2 dalam pukul 9pg dari Rawang.. wan pandu 'viKu' atau Myvi dia.. kereta auto, memang tak larat naik bukit. aku rasa macam aku nak turun tolak bagi laju sikit. hehe, pa pon, cuaca kabus campur hujan, penglihatan terhad kpd <100meter. bahaya, tiada eksiden.

bila dah sampai, problemnya cari parking plak.. sumer nak free ja, last jumpa gak.. tapi no money no parking, kena bagi duit gak kat bangla sekoq nih.. takpa janji free+safe (wan's policy)..

siyes atas Genting cuaca memeyy sejokk.. kalau x caya, try tengok gambar ni.. rupanya parking fees tadi, pakej parking skali dengan kencing dowhh... tengok wan, dia kencing sambil tersenyum gembira. syok laa tuee... takpa2, silakan~ jom kita kencing berjemaah.

ada jugak persamaan antara dua makhluk ni...
ni calon paling sesuai. hak3..

siyes geng, lu tgk muka cina specky tu.. sejok weyh! tengan dia masuk kedalam sweater, muka dia cukup menggambarkan bhwa cuaca situ sejok. tapi wan (sebelah kiri) steady ja.. dapat toilet free...

wah udah sampai genting! ciok nyaa.. eh sian pakcik belakang tu dok dayong perahu dari semalam lagi...

makk! nak nek tu.. nak jugak.. nak jugak... (sambil tarik2 tangan wan, aku anggap dia mcm mak aku dah)

patut ler Pavilion tu banyak orang suka shopping.. rupanya ada monorel direct dari Genting Highlands.. baru aku tau tadi...

not bad, gambar yang di 'snap' oleh perk...

ha ni dia rates of theme park, ada outdoor dan indoor.. takda lah mahal sangat macam Universal Studios Singapore.. =P

kabus lah.. apa pon tableyh. bila kabus ja, roller koster dihentikan.

memang sejok time ni... rasa2 dah 4x kami kencing. keke tu pon nak bagitau. pengotoqqq.. hak3..

wan dan ladies2 beliau.. dan dicemburui oleh Encik Perk
Perk : takpa2 hang amek yang dua2 tu.. aku nak yang gemuk. hhahaha

ha, bila sejuk memang depa suka buat mcm ni. jalan pon memang mcm ni. style what?

sejuk.rambut pon dah basah. jom masuk dalam balik. di satu sudut ada barisan rempah ratus dari seluruh dunia, 'seeds', dan macam2 lagi daun seperti teh, jenis2 beras.. pendek kata banyak kaitan dengan masakan lah. agak unik hiasan mcm ni.. lebih kurang mcm kat Starbucks.

dey amma, sini tabley beli la itu rempah kari.. hiasan sajjaaa... syuhh syuh..

bijik kopi pon ada jugak.. kami pon ushar2 ja lah even cuma ada nama.. yang aku kurang gemar, tak dak langsung description about barang2 hiasan ni.. atleast note la kat situ, where it comes from, digunakan untuk apa dan lagi dan lagi...

n then kami main kasino.. kalah terok bangla parking ni.. tapi takpa, janji enjoy. walaupun depa tak kasi Melayu Malaysia masuk, kami pon menyamar kononnya Bangla, Melanau dan kaum bajau. hak3...

nampak nombor telefon tu? ha tunggu bapak, kol lahh.. ada guide tu.. yang penting aper? yeah, pandai pon jawap. HaraM. hak3.

dalam perjalanan pulang, adala dalam 5 meter dari rumah Wan, kami terserempak dengan seekor apek dan seorang anjing. kesian budak tu, dalam kesulitan. ntah mcm mana muka beliau kena tutup dengan balang plastik. rasanya beliau cuba untuk makan sesuatu dalam balang tu, dan terus tabley tarik keluar balang tu.. apek tu cuba bantu budak anjing tu tapi agak ketat lah.. aku sempat la jugak zoom guna Nikkor 18-108mm (zoom abes) untuk skodeng budak dua orang ni... entah apa la nasib budak anjing tuh...

then, kitorang sampai rumah dalam time 3ptg, teros landing.. yolah, malam tu nak g jejalan KL Town plak.. =)
bye3!!
teringin nak pegi Singapore lah!... jom2

p/s : Andai kau dapat melihat hatiku.. andai saja kau dapat membaca fikiranku.. betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, menghiasi hari-hariku, senyummu..suaramu teduhkan jiwaku.. cintailah aku dengan kesungguhanmu...

Wednesday, November 16, 2011

Sunset dari Pulau Sayak


hye to all reader.. so how are u? hopes everything is fine.. so secara ringkas utk entry kali ni nak cerita sikit pasal pengalaman menangkap sunset di Pulau Sayak.. aku pon taktahu nak gtau area mana lokasi tu, yang aku tau, kawasan Kuala Muda.. btw, sunset dia memang superb dalam dunia (dunia aku ler).. kawan2 lain pon tau, kalau aku iktiraf tahap 'dunia' tu, kompem hebat.. contohnya, macam Samosa yang paling sedap kat dunia, lokasi di Queen St. Georgetown. ha tu memang tahap dunia. memang tanpa diduga, lepas ja dapat pengiktirafan (dari aku) Samosa paling sedap di dunia, teros dientrykan jugak dalam food.malaysiamostwanted.com. satu lagi, yang aku iktiraf dunia ialah goreng pisan di Ayer Itam depan wisma Yatim. jgn baca ja, p try dlu...

ok ok, bukan nak citer pasal food la.. tapi nak cita pasal sunset.. ok mulanya gini.. aku join geng sifu aku utk snap lanskap versi sunset.. kalau sapa yang penah baca entry aku, tentu tahu dah banyak kali aku fail utk dapat sunset yang betol2 superb. tapi kali ni berjaya jugak. sesat jugak nak pi sana, ni semua gara2 Garmin gps aku x dapat lock satellite.. mungkin ni faktor cuaca kot.. anyway, pas tanya dua helai tokwan kat tepi jalan, at last kami dapat jugak sampai ke Pulau Sayak. mulanya, cuaca memang agak mengecewakan, dalam 500meter di kanan dok nampak ujan turun ng lebat.. then, kami stay jugak even naluri salah sorang sifu cakap kami x dapat sunset petang tu... yeah, memang agak mengecewakan..

PLEASE CLICK IMAGE TO VIEW IT IN A PROPER SIZE

dalam kereta, ni atas jambatan kuala muda

menanti turunnya matahari.. sampai naik boring...

rupanya sebelum kami sampai, rupanya ada lagi groups of photographer dok stendby dah..
tapi agak kerek... takpa lah, depa igt depa tua depa otai..



zul tengah mencari spot yang cantik.. fuh, nampak jiwang kan gmbar ni?

at first mmg harapan tipis lah... tapi kuasa Allah, siapa buleh jangka?

ya, sunset milik kami.......

dan terus tembak... mmg ketar tangan2 aku.. ya lah, first time dapat jumpa sunset mcm ni, sebelum ni 'sedang2' ja... panas? yerp, peloh,... tak penah aku rasa mcm ni....

tenang ja kat sana time senja.. memang layan....

all of these sunset pictures are dedicated som1. dok request nak sunset sangat, nah hambekk.... :P... maybe lepas ni aku kena belajar ambik night photos, sebab ni request dari my dedi pulak... so takat tu la entry kali ni... akhirnya dapat jugak aku habiskan segulung kodak jenama kodok di sana... mood tak brapa nak ada mengarang kat blog buat masa ni.. so nanti2 lah kita geli2 lagi sesama yer.. till we meet again.... tata.. for those yang nak tengok gambar2 lain, plis click this LINK atau teros ke www.facebook.com/nizarmazlan dan klik ke photos :)

p/s : experience is the hardest kind of teacher, it gives you the test first and the lesson afterward...