Thursday, September 22, 2011

Purdah yang Jarang

Terciptanya tangan Hawa adalah untuk dibimbing oleh Adam.. tercipta hati Hawa pula untuk disayangi oleh Adam... Namun awas! Tempat kaum Adam sebenarnya di Syurga, namun wanitalah yang membuatkannya menjadi serba terbalik... Try baca kisah Nabi Adam a.s.

Frust dalam bercinta - Siapa yang pernah rasa tahulah macam mana peritnya... aneh sekali penyakit cinta ini kan... Namun, ada individu sampai terbentuk sikap pesimis sejurus lepas frust.. Usher, yang terkenal satu time dulu dengan lagu Yeah! pon penah cakap gagal dalam bercinta adalah ujian dari Tuhan yang paling dasyat.. percayalah, putus cinta adalah bukti menunjukkan bahawa yang paling layak dicintai adalah di atas sana. Namun, sudah jadi fitrah alam bercinta, ditinggalkan kecewa... Cuba kita renungkan, mengapa orang putus cinta? dihalang keluarga? bosan? sekadar menyukai bukan mencintai dan telah jemu terus meninggalkan begitu saja? Betul, sesetengah individu terpaksa berkorban dalam bercinta, namun tidak terfikirkah mengenai orang yang ditinggalkan? Tidak semestinya pandangan sebelah pihak dapat menyelesaikan masalah kedua-dua belah pihak.. Macam-macam alasan boleh diberikan berbanding ketika sedang bercinta, sibuk melafazkan kata-kata penipuan, pula ikrar yang dimeterai sewaktu sedang 'syok' bercinta, sumpah setia, orang ketiga, perancangan masa hadapan, akujanji.

Sedarlah, fenomena ini amat biasa.. jangan terlalu percaya cinta yang awal, dan jangan pula mengkhianati cinta yang benar-benar iklas... Ingatlah, biar pengalaman dan penderitaan menjadikan kita bersifat sinis dan skeptis, supaya kita tidak lagi mengagung-agungkan topeng cinta. Dan jangan sesekali menjadikan situasi dan kondisi yang dilalui menjadi antara elemen untuk takut bercinta lagi... Sebaliknya jadikan kronologi pengalaman yang lalu mengajar kita kearah kesempurnaan dalam memilih pasangan, kerana pengetahuan mendewasakan kita, pengalaman mengajar kita... Dan jangan pula sesali mengapa kita ditinggalkan, namun bersyukurlah kita yang terpilih kerana dalam kesusahan, kemiskinan, kegagalan, didalamnya terdapat 1001 hikmah dari Allah. Tersentak dari hakikat itu, kita akan mula berfikir tentangnya.... Berubahlah, jangan mudah percaya pada cinta dusta, berubahlah mengikut haluan dan cara kita sendiri. ' we can't direct the wind, but we can adjust our sail'.. Memang kita tidak dapat melawan takdir, namun Dia memberikan kita kuasa untuk mentadbir diri kita.

Aku tak nafikan, bukan perkara mudah untuk melupakan seseorang, malah juga untuk mencintai... Jangan mudah percaya dengan kata manis yang biasanya mempengaruhi kita dengan pandangan mata dusta biarpun ianya mampu memberikan kita sejuta kata bersulamkan senyuman lakonan yang akhirinya sebuah mimpi dusta ditengah hari dan pencabulan janji. Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang, justeru pelajarilah, teladanilah pengalamanmu kerana ia manis malah lebih manis dari janji-janji yang pernah diukir dengan tersiratnya seribu perkataan dusta dan bohong dalam tarian patung diatas pentas lidah.

Entry ini aku dedikasikan khas buat seorang teman...

p/s : Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.. Reaksi emosi pula jangan dituruti kerana implikasinya belum tentu seperti yang diimaginasi .

Sunday, September 18, 2011

percutian dan sahabat


Lepas meronda2 di airasia.com, terpasang niat pula nak pegi ke Universal Studio in Singapore.. dengar kata, sana memang best.. and singaporean pon sangat friendly, and tiada sikap prejudis dan diskriminasi antara sesama mereka dan namun fenomena sebaliknya amat biasa pada rakyat Mesia.. taktahu la sama ada betol ke tak statement blog sorang minah ni, tapi apa yang aku lihat her experiences with her friends visits U.studio memang gojes..

terdan terlah terhitung terkira2 terpulakk...
kalau pegi sana sorang2 naik flight, estimated budjet less than 250myr melalui air asia's flight depature in bayan lepas dan landing di singapore...
kalau pegi 2 orang, jadi la rm500... (tp kalau pandai check schedule, ada tmbg sehala rm8 ke Singapore)
kelebihan naik flight, low risk of accident, no extremy tired to drive, short travel time..
so itu budget airways...

tapi kalau pegi naik kereta...
kadar tol dari juru-skudai- rm 87.70 untuk sehala menjadikan 175.40 total pegi balik...
minyak dianggarkan sebanyak rm120 untuk kereta idamanku yang akan tiba tak lama lagi...
jadinya rm240 untuk pergi dan balik... the total for estimated budjet is 415.40 not included insurans and tol in singapore (unknown costs).
jadi kalau pegi 2 orang menjadikan kos rm 207.70 dan rm 138.46 pecahan budjet utk 3 orang...
so lebih save costs (tapi kos2 penyelenggaraan kenderaan agak tinggi) dan ada risiko tersendiri.. readers pon tahu kan...
kelebihan naik kereta, boleh singgah kL, Malacca, round2 JB.. ;)
kena pikior masak2 dlu la sebelum nak buat keputusan sebab lepas ni ada beberapa tanggungjawab sebagai lelaki untuk ditanggung :)

Alhamdulillah.. dalam usia semuda ni aku dalam merayau ke beberapa tempat untuk tahun ni sekitar utara tanah air termasuk Kepulauan Borneo... antaranya Ulu Pipe (picnik), Teluk Batik (convoi), Taman Negara (jungle trekking), Pulau Langkawi dan Sarawak..

terima kasih kpd kawan2 yang telah mengukir kenangan bersamaku.. kenangan kita itu umpama sehelai kain putih yang kosong pada mulanya namun telah diukir dengan corak-corak dan tidak boleh dipadamkan dari kain itu dan fikiran ini. itu bagiku warna kehidupan yang tinggal kenangan

January 29, 2011 - picnik di ulu paip in Kedah bersama 3 orang yang pernah bersama.. benar pesan arwah tok yang pernah cakap bhw ambil gambar 3 orang takkan kekal hubungan. bukan nak percaya namun insiden ni dah jadi kepada arwah dan aku...

February 2, 2011 - ikot konvoi ke teluk batik in Perak with her.. not bad, nice scenery but it was happened terribly with crowded traffic.. hate it..

This is Taman Negara located at Penang, in Teluk Bahang.. i was been there 5 times in this year.. dan sekali sahaja dapat tawan Mukah Head LightHouse.. it takes almost a day to complete the journey.. and very tired, wet condition.

June 27, 2011 - Pulau Langkawi, Kedah.. banyak duit habis mengshopping coklat di sana.. namun berbaloi dan puas hati lahh... 2 hari di sana, banyak pengalaman manis, pahit, masam, kelat.. dan lain-lain...

July 22, 2011 - dan terakhir ke Sarawak bersama 2 lagi sahabat... 3 hari di sana.. paling best shopping di Bau in Sarikin, 3 kilometres to Indonesia.. sangat mengujakan, sehari di sana..

dan coming up!

GENTING HIGHLAND this November!! -
and more vacation at Thailand and Indonesia next year =)

p/s : jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.. dan jangan pula kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaannya.... jangan kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanyalah kepalsuan belaka... dan terbukti, kau tunjukkan segalanya.. Alhamdulillah - Amin..